JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, July 26, 2015

KPN Khalid disekolahkan oleh KPN Thai di Bangkok

Malaysia mesti melalui saluran yang betul untuk
bercakap dengan Xavier Andre Justo kerana dia
bukan seorang rakyat Malaysia
Ketua Polis Malaysia Tan Sri Khalid Abu Bakar patut berasa dimalukan sebab cubaannya bagi kali kedua untuk mendapatkan akses kepada Xavier Andre Justo, warga negara Switzerland telah ditolak oleh Polis Thailand.

Andre Justo ditangkap di Bangkok kerana penglibatannya dalam kontroversi melibatkan kebocoran data perjanjian antara PetroSaudi International (PSI) dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Menurut Bangkok Post hari ini, Ketua Polis Thai Somyot Poompunmuang memberitahu Khalid bahawa Malaysia mesti melalui saluran yang sesuai untuk bercakap dengan Justo kerana bekas pengarah PSI itu bukan seorang rakyat Malaysia.

 Laporan itu berkata Poompunmuang memberitahu Ketua Polis Negara (KPN) itu perlu melalui Pejabat Peguam Negara Thailand dan Kementerian Luar Negeri.

 Beliau juga mengingatkan KPN Khalid bahawa polis Thai masih lagi menyiasat perkara itu.

 Menurut akhbar harian Thai bahasa Inggeris itu, perjalanan KPN ke Thailand semalam merupakan lawatan kedua setakat ini oleh pihak berkuasa Malaysia mengenai perkara yang sama.

 Menurut laporan itu, pada 16 Julai, diplomat dan polis Malaysia yang berpangkalan di kedutaan negara mereka di Bangkok memulakan misi yang sama tetapi telah diberi sambutan yang sama. - themalaymailonline

Komen al-Husseyn :

Khalid ingat dia KPN Malaysia bolehlah kowtim dgn KPN Thailand setelah diplomat dan polis Malaysia yang berpangkalan di kedutaan negara di Bangkok itu gagal dalam cubaan pertamanya. 

Bayangkanlah, betapa malunya, kerana Khalid telah pergi sendiri ke sana tanpa berunding terlebih dahulu dgn pihak Thailand. Khalid seolah-olah tidak tahu mengenai protokol hingga KPN Thailand sekolahkan Khalid di Bangkok supaya melalui saluran yang betul, bukan pakai main langgar saja! Sori Khalid, This is Thailand!
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Dia ni bukan cerdik sangat.... dengan budak curi hp pun boleh kena tipu sampai nyaris jadi rusuhan kaum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...