GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, July 26, 2015

Mampukah Mahathir menewaskan Pahlawan Bugis ini?


 Secara sinis, mantan PM Dr Mahathir Mohamad mengucapkan 'Selamat Bersara' kepada PM Najib sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-62.

 Sebagai seorang 'Pahlawan Bugis' Najib tidak semudah itu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kita semua. Mahathir perlu meningkatkan lagi serangan mautnya kalau mahu melihat Pahlawan Bugis ini tersungkur rebah!

"Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya,” Najib mengingatkan Mahathir.

Selepas menerajui enam tahun Program Transformasi Negara, Najib telah berjaya "mentransformasikanMalaysia menjadi sebuah negara yang mendedahkan skandal kewangan terbesar di Malaysia, skandal RM42 bilion 1MDB, dan menjadikan  skandal 1MDB sebagai tidak menjadi punca "kemudaratan kepentingan awam dan negara".

Bagi Najib, punca "kemudaratan kepentingan awam dan negara" ialah Tony Pua, Rafizi Ramli dan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily kerana mendedahkan skandal 1MBD!

 Lebih daripada tiga minggu selepas laporan Wall Street Journal dan dakwaan bahawa AS $ 700 juta (RM2.6 bilion) telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di AmBank Mac 2013 sebelum pilihan raya umum ke-13 , masih belum ada pun mana-mana satu daripada tiga agensi penguat kuasa "pasukan petugas khas", iaitu Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, menemubual Najib sendiri.

Dengan serangan terbaru ke atas kebebasan akhbar, Malaysia menjunam ke bawah Indeks Kebebasan Akhbar Dunia, apabila kita telah jatuh ke paras terendah iaitu daripada 147 daripada 180 buah negara, penurunan 25 mata daripada 122 ranking pada tahun 2012. Mampukah Mahathir menewaskan Pahlawan Bugis ini?
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Berpolitik lah secara bijak.... Jelaskan kepada rakyat apa yang samar, mentadbir secara terbaik, berhujah secara berfakta dan JANGAN SAMPAI BERBUNUH BUNUH SEBAB NAK KEKAL BERKUASA.
TAKUT NANTI SEBAB SUSAH NAK TANGANI ASAKAN BERTUBI TUBI, DI AMBIL LANGKAH MEMBUNUH SAJA KEATAS ORANG YANG TERUS TERUSAN MENGASAK / MENYUSAHKAN PERLAKSANAAN AGENDA.

(Dr.G)

Anonymous said...

1MDB issue is just to divert public attention. Currently there is much bigger issue ongoing. Do you think DS Najib not smart?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...