GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, July 27, 2015

Mat Sabu : Kami jamin Hak Melayu dan Islam (vdo dialog di Ipoh)


Pengerusi Harapan Baru, Hj Mohamad Sabu sewaktu dalam sesi dialog bersama orang ramai di Symphony Suites Hotel, Ipoh petang kelmarin telah mengambil kesempatan menjelaskan beberapa perkara yang telah ditimbulkan oleh hadirin di majlis itu.

 Antara persoalan menarik ialah mengenai isu ‘Melayu akan hilang kuasa’ disebabkan munculnya parti baru yang kononnya akan menambah kepada perpecahan ummat Melayu di Malaysia dan Negara nanti akan dikuasai oleh orang bukan Melayu.

 Mat Sabu telah berjaya menampilkan hujah-hujah yang mudah dan ringkas untuk menangkis momokan yang selama ini dimainkan oleh Umno/BN dan baruanya.

 “Bank Bumiputra hilang yg tugasnya dulu utk membantu bumiputra dalam bidang perniagaan usahawan kecil,sampai sekarang jadi CIMB – Cina, India , Melayu. Benggali! Siapa yg bertanggungjawab yang menghilangkan Bank Bumi itu? Umno atau DAP?” Tanya Mat Sabu.

Beliau seterusnya menggasak beberapa pertanyaan-pertanyaan berikut:

“Tanah reserve Melayu yang hilang dekat separuh sekarang ini, adakah DAP yg memerintah Malaysia selama ini?

 “Wang MARA, tak cukup curi dalam negeri, curi di Australia! DAPkah yg buat tu?"

 Itulah antara persoalan-persoalan yang Mat Sabu kemukakan untuk mengajak orang Melayu yang sayangkan bangsanya supaya memikirkannya bersama.

 Beliau mengingatkan bahawa isu perkauman dimainkan dan dijadikan sebagai senjata ampuh untuk meneruskan Hegemoni Umno terus menguasai persada pemerintahan Negara.

 “Tapi inilah disangkutkan soal perkauman ini supaya akhirnya, orang Melayu walau macamana buruk pun kaum kita , kita kena sokong sebab takut kuasa Melayu hilang!”

 Beliau turut menjelaskan ‘Harapan Baru’ bukan parti. Ia hanya badan NGO sehingga dapat nama parti. “Parti baru yg akan didaftarkan ini tetap dengan dasar Islam.” Tegasnya. 

 Mengenai kawasan yang bakal parti baru itu tandingi kelak, beliau berkata perkara tersebut belum dibincangkan lagi. Sekarang ini nak ambil sokongan sebanyak mungkin, jelasnya.

 “Kita dalam Pakatan Rakyat, akan menyertai PR dan Harapan Baru, DAP dan Keadilan, kami akan berunding untuk hadapi Barisan Nasional.Parti lama kami tidak tahulah… itu adalah hak dia.” (Ketika beliau mahu menyebut ‘Harapan Baru, merujuk kepada parti barunya itu, beliau telah tersasul menyebut ‘PAS’ menjadikan para hadirin tidak dapat menahan ketawa terbahak-bahak!)

 Mengenai isu Melayu akan hilang kuasa kerana perpecahan ini, Mat Sabu bertanya, kenapa kita nak hilang kuasa Melayu? Lantas beliau memberikan contoh :

 Di kawasan parlimen Larut, katanya, kalau parti Pakatan Rakyat letak calon, Umno letak calon BN dan PAS letak calon di situ, maka ketiga-tiga (calon) adalah Melayu, siapa menang pun Melayulah menang. (Hadirin juga ketawa kerana kepintaran Mat Sabu mengemukakan hujah mudah dan lojik mengenai isu yg dimomokan oleh pihak lawan)

 Kemudiannya beliau member contoh di Kelantan : “Kata Pakatan Rakyat letak calon di Kubang Kerian. BN letak calon dan PAS letak calon. Tiga-tiga calon Melayu, siapa menang pun tak mengapa! Tapi kali ini tentulah yang akan menang Pakatan Rakyat!” katanya dengan disambut gembira penyokong-penyokongnya.

 Seterusnya beliau menyeru supaya orang Melayu jangan bimbang mengenai soal kuasa Melayu yang kononnya akan hilang.

 “Kita duk takut DAP, DAP boleh perintah, boleh jadi Ketua Menteri satu negeri Pulau Pinang sahaja!Lain tak boleh!” disahut oleh seorang penyokong dengan “Betul Bang Mat!”

 “Apa kita takut? Sikit-sikit DAP perintah! Sikit-sikit Dap perintah! Aku benci tau tak!” Telatah penyampaiannya sangat mencuit hati mereka yg mendengarnya hingga ramai ketawa terbahak-bahak.

 “Inilah yang dimainkan dua puluh, tiga puluh tahun ini!” jelasnya lagi.

 Mengenai tohmahan kononnya di Pulau Pinang dah tak boleh dilaungkan azan, beliu secara sinis berjenaka mengajak mereka “mai azan, 10.00 pagi pun mengapa! Azan tengah pekan, cuma mai polis mai kata, orang gila ka apa?”

 Beliau seterusnya menjelaskan bahawa pada peringkat kini, pihaknya mahu menubuhkan parti, perlu untuk mendapat sokongan dan menegaskan bahawa untuk membuat perubahan di Malaysia mesti melalui Pakatan Politik. 

 “Kami jamin hak orang Islam dalam perlembagaan dan kedudukannya. Pakatan Rakyat dulu telah buat persetujuan bersama, dan Pakatan Rakyat 2.0 pun insya’Allah akan membuat perjanjian yang sama mempertahankan hak-hak yg ada dalam perlembagaan.” Tegas Mat Sabu.

Berikut ini adalah vdonya yg sempat saya rakam dan upload :


Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

janji dgn allah pun dia langgar...apatah lagi janji dgn manusia...silap2...ghb pun dh x relevn...dia kenyang...melayu terkontang2...cepat2...cari ahli...berapa org dap nak sblm release duit?

Wan Rosli said...

GHB x lama lagi GHaiB !!

Nasrudin Abd Shukor said...

Bukan pas lupa diri...hj hadi yg lupa.

Anonymous said...

tunggu nanti pr14. tgk pas tinggal brapa kursi. kecuali jika gabung dgn umno!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...