KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Friday, July 31, 2015

Najib memburukan lagi keadaan negara dan imej diri sendiri

Sudah terlambat menimbus bangkai gajah kerana sudah ditokak-
tokak dan cebisannya dilarikan singa, cheetah, harimau bintang,
dubuk , rubah, hereng, biawak dan helang ke merata 'donia'
A.Kadir Jasin dalam blognya mengulas mengenai tindakan DS Najib menyingkiran TS Muhyiddin Mohd Yassin pada 28 Julai dan penamatan undur tarikh (back-dated) perkhidmatan Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail 27 Julai.

 Menurutnya lagi, tindakan DS Najib itu tidak menyelesaikan apa-apa masalah sebaliknya memburukkan lagi keadaan negara dan imej beliau sendiri.

Pada pandangannya, dua peristiwa tersebut serta perubahan-perubahan lain yang menyusurinya di Jabatan Peguam Negara, PDRM, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) dan PAC akan mengakibatkan perkara seperti berikut:-

 1. Perdana Menteri terselamat daripada kemungkinan diheret ke mahkamah bersabit 1MDB dan SRC International. Satu “donia” sudah dengar cerita duit SRC International yang nawaitunya untuk kegiatan CSR (tanggungjawab sosial korporat) tetapi masuk akaun peribadi Perdana Menteri.

2. Menyiasat dan merangka pertuduhan melibatkan wang CSR SRC International lebih mudah kerana jumlah yang lebih kecil dan melibatkan hanya dua buah bank tempatan berbanding 1MDB yang membabitkan AS$700 juta.

 3. Mohd Najib berjaya mengekalkan kuasa eksekutif tetapi di mata khalayak yang mengerti beliau telah hilang kuasa moral (moral authority) untuk memerintah.

 4. Kuasa eksekutif beliau menjadi semakin kukuh kerana pengkritik beliau dalam Umno dan kerajaan telah disingkirkan atau digula-gula dengan pemberian jawatan menteri dan timbalan menteri.

 Pasukan Petugas Lumpuh

 5. Sekali gus pemberhentian undur tempoh Abdul Gani memporak-perandakan penyiasatan Pasukan Petugas 1MDB. Penyiasat akan terhenti atau dialih matlamatnya, pegawai ditukar dan fail-fail hilang atau dibakulsampahkan. (TI Malaysia berkata, Pasukan Petugas itu boleh dianggap terkubur tetapi MACC berkata ia akan meneruskan penyiasatan).

 6. Tetapi maklumat berkaitan dengan penyiasatan 1MDB akan terus tersebar kerana banyak pihak dalam dan luar mempunyai maklumat dan dokumen mengenainya. Sudah terlambat menimbus bangkai gajah kerana sudah ditokak-tokak dan cebisannya dilarikan singa, cheetah, harimau bintang, dubuk (hyena), rubah, hereng, biawak dan helang.

7. Dengan melantik pembesar-pembesar Umno yang kemaruk kuasa dan bermuka-muka menjadi menteri dan timbalan menteri, Mohd Najib boleh mengarahkan mereka mengesan dan membinasakan pencuri-pencuri bangkai gajah itu. Inilah yang sedang berlaku dengan rancak sekarang iaitu mengalihkan perhatian daripada menyiasat jenayah kepada memburu pihak-pihak yang mendedahkan jenayah.

 8. Gerakan taktikal Mohd Najib juga melumpuhkan PAC. Hatta pengerusi PAC, Nur Jazlan bin (Tan Sri) Mohamed Rahmat, yang bunyi begitu komited, ikhlas dan berani sebelum ini tetapi dengan riang rianya menerima jawatan timbalan menteri.

 9. Speaker Dewan Rakyat sudah pun berkata anggota baru PAC tidak akan dilantik (sehingga Dewan bersidang Oktober ini). Namun Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw, wajib meneruskan tugas dengan ahli yang tinggal sekali pun tidak mendapat kerjasama pengurusan Parlimen atau hasil siasatan mereka tidak diiktiraf. Baca seterusnya dari sumbernya  di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...