JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, July 30, 2015

Najib tidak boleh lari dari Muhyiddin....masih lagi sebantal dengan Muhyiddin

Walaupun sudah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin masih lagi merupakan Timbalan Presiden UMNO sehinggalah pemilihan UMNO yang akan datang.

 Oleh kerana pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada 2016 telah ditangguhkan selama 18 bulan lagi untuk memberi laluan kepada pengukuhan parti dan pilihanraya ke 14 terlebih dahulu, ia dijangka hanya akan diadakan pada tahun 2018.

 Ini bermakna, meskipun tanpa jawatan dalam kerajaan, Muhyiddin masih lagi merupakan pemimpin nombor dua dalam UMNO sehinggalah tahun 2018 akan datang nanti.

 Ia bukan saja bermakna Najib sebagai Presiden UMNO terpaksa duduk bersebelahan dengan Muhyiddin setiap sebulan sekali dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti, malah tidak boleh mengelak daripada duduk bersama di pentas utama ketika Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan setiap tahun dengan disaksikan oleh para perwakilan daripada seluruh negara.

 Termasuk tahun ini sehinggalah pemilihan 2018 nanti, bermakna sekurang-kurangnya ada empat kali lagi Perhimpunan Agung UMNO yang perlu dilalui secara bersama oleh Najib dan Muhyiddin dan ia sekaligus memberi erti kedua-duanya akan terus dalam dilema "mata berpandangan, budi kedapatan" dalam acara tahunan itu.

 Lebih daripada itu, sebagai Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin juga masih perlu menunaikan tanggungjawab merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada setiap tahun.

 Bagi Muhyiddin, beliau mungkin tiada masalah menghadiri, baik mesyuarat bulanan MT UMNO mahu pun Perhimpunan Agung tahunan parti kerana sebagai orang yang sudah dipecat, itulah peluang untuk terus menampilkan dirinya sambil meraih sisa-sisa simpati daripada mereka yang menyaksikan kehadirannya, tetapi ia tentu saja berlainan bagi Najib.

 Setelah menendang timbalannya itu daripada jawatan kerajaan hanya kerana isu 1MDB dan demi menyelamatkan kerusi Perdana Menterinya, Najib barangkali tidak memerlukan lagi Muhyiddin untuk terus berada di sebelahnya dalam apa jua urusan parti selepas ini. Najib tentu saja lebih selesa untuk duduk, bercakap, senyum mahu pun ketawa dalam mesyuarat, perhimpunan agung ataupun dalam apa-apa program parti jika kelibat Muhyiddin tiada lagi di sisinya.

 Tambahan lagi, beliau kini sudah ada Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menterinya yang baru. Setelah mengenepikannya daripada kerajaan, Najib juga tidak memerlukan lagi Muhyiddin sebagai orang nombor duanya dalam parti.

 Lalu, apa nasib Muhyiddin dalam UMNO sebenarnya meskipun kedudukannya sebagai Timbalan Presiden adalah dipilih dan bukannya dilantik? Apakah Najib sanggup membiarkan saja Muhyiddin terus berada dalam parti sebagai orang nombor dua sehingga tahun 2018 nanti atau bakal "menendangnya" sekali lagi?

 Kebetulan pada Jumaat, 31 Julai ini akan diadakan mesyuarat bulanan MT UMNO. Ia bukan saja akan menjadi mesyuarat MT UMNO yang pertama dihadiri oleh Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO tanpa jawatan dalam kerajaan, bahkan mungkin yang terakhir juga baginya. Baca lagi di sini

 Tapi sayangnya, Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat 31 Julai yang dijangka akan membincangan beberapa isu hangat, termasuk skandal 1MDB serta kedudukan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diBATALkan. 

 Adalah dipercayai pembatalan mesyuarat MT ini ekoran suara akar umbi ahli Umno yang semakin lantang menentang pengguguran Orang No 2 Umno dari kerajaan.

Dengan itu, Najib sebagai Presiden UMNO terpaksa duduk bersebelahan dengan Muhyiddin setiap sebulan sekali dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti, malah tidak boleh mengelak daripada duduk bersama di pentas utama ketika Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan setiap tahun dengan disaksikan oleh para perwakilan daripada seluruh negara.
Comments
2 Comments

2 comments :

air gunung said...

Kah kah kah
mcm kes PAS punya usul putus dgn DAP jer.
adik beradik ker.jenis fikir sekarat jln.
fenin laa tu..dan2 tangguh meeting.mcm PAS tangguh meeting psl mb s'gor tempohari.kih kih kih.penasihat 25% yg same keee?

Ritchie Blackmore said...

Pas dgn umno amat cocok sekali walaupun srategi mrk mungkin berlainan tetapi kebangangan mereka lebih kurang sama saja.Pas bangang umno pun bangang.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...