GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, July 09, 2015

PAS tidak dapat diselamatkan lagi.

OLEH ANISAH SHUKRY


Apabila Muktamar Tahunan meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas, ketidakadilan keputusan itu menyebabkan anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil, 38, mula bersuara.

Faiz, seorang peguam, pada hari itu mempersoalkan pengerusi muktamar tentang alasan PAS - parti yang disebut-sebut memperjuangkan idea Islam - menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting.

 "Saya marah pada hari itu. Sebagai peguam dan anak yang dibesarkan dengan berpegang kepada prinsip-prinsip Islam, saya tak dapat terima mereka menafikan hak asasi kami untuk bersuara.

 "Jadi saya lawan mereka, mereka yang mendakwa berjuang melawan kerajaan yang menentang demokrasi, tetapi melakukan perkara yang sama," kata Faiz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

Namun gesaannya tidak didengari, usul diluluskan dan selepas sebulan, seluruh negara menyaksikan parti terbesar Islam negara itu mula berantakan.

 Bagi Faiz, muktamar baru-baru ini menandakan kematian visi PAS yang diilhamkan ayahandanya - daripada halangan bercakap terhadap perwakilan sehinggalah kepada kempen memburukkan sesama sendiri yang menyaksikan satu puak mengawal keseluruhan parti.

 Ia membuka matanya kepada hakikat PAS sebagai sebuah parti inklusif yang berjaya memenangi sokongan dan penghormatan orang Islam dan bukan Islam - kini tidak dapat diselamatkan lagi. 

 Sebaliknya, PAS hanya merupakan bayang-bayang silam masa lampaunya yang gemilang, terkekang dalam retorik ucapan, dan jauh dari realiti politik dan keperluan rakyat, kata Faiz.

 Dan ini dapat dirasai semua ahli PAS kerana barisan kepimpinan baharu pro konservatif mengambil alih parti menerusi cara yang tidak demokratik, katanya.

 Ia termasuklah berkempen menerusi kuliah agama, memfitnah golongan progresif sebagai "liberal", "anti-hudud" dan "agen DAP"; mempunyai sokongan media milik Umno, dan mengedarkan 'cai' kepada perwakilan sebelum mengundi.

 Namun semua kempen ini selama sebulan menyaksikan tiada satu perkara baru pun terbit dari barisan kepimpinan baru yang disanjung-sanjung selama ini, kata Faiz.

 "Ia tiada hala tuju, idea segar dan kebanyakan cawangan tidak berfungsi - sama ada mereka memberontak atau hilang arah. Dan Pakatan Rakyat, PAS kini terumbang-ambing. Tiada siapa yang tahu situasi terkini parti."

 Kecewa dengan wajah parti yang satu masa dahulu dipimpin ayahnya, Faiz kini menyangkutkan harapannya pada satu parti baru yang diusahakan kumpulan G18 - kumpulan pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan bulan lepas.

 "PAS kini tidak dapat diselamatkan lagi. Kita perlukan parti baru bagi mengisi lompang yang ditinggalkan PAS dalam Pakatan Rakyat, dan menyelamatkan ahli-ahli PAS yang putus harap dengan parti.

 "Ia akan menjadi parti buat pengundi yang menyokong prinsip-prinsip Islam, kerana kita sekarang tidak dapat berharap kepada pemimpin PAS melawan Umno.

 "Ia akan menjadi berpaksikan prinsip-prinsip pentadbiran berasaskan Islam, tetapi tidak seperti PAS, ia berpijak di bumi nyata."

 Beliau tidak merasakan meninggalkan PAS mengkhianati warisan ayahnya. Sebaliknya, PAS yang sebenarnya mengkhianati pemimpinnya yang terdahulu dan nama Islam, katanya. Contohnya, ahli-ahli PAS kini menyebut-nyebut istilah Arab 'wala', yang bermaksud taat kepada pemimpin, bagi mengutuk pemimpin progresif yang kritikal terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 "Tapi masa ayah saya, anda tak akan dengar pun istilah “wala” digunakan bagi merujuk kepada pemimpin kami. Semua orang boleh mengkritiknya, dan beliau sebaliknya perlu menjelaskan tindakannya kepada ahli."

 Menurut Faiz istilah itu tiba-tiba popular tahun lalu bagi meraih sokongan di kalangan ahli bagi menyokong Hadi yang membangkang keputusan PKR dan DAP mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

 Menurutnya, ketaksuban pemimpin PAS dengan hudud kini terpesong, memandangkan perbincangan tentang undang-undang jenayah Islam itu sia-sia kerana rintangan perundangan dan sosial yang begitu banyak.

 Menurut Faiz, PAS masuk perangkap Umno dengan memperjuangkan hudud sekali gus menjauhkan sekutunya DAP dan PKR, yang kedua-duanya mempunyai hak mengkritik cita-cita parti Islam itu.

 "Semua ini agenda Umno selepas mereka hilang majoriti dua pertiga buat pertama kali pada tahun 2008. Mereka dapati menyasarkan PAS adalah strategi paling ampuh bagi memecahkan PR," kata Faiz.

 Parti Islam baru ini kata Faiz tidak akan terlalu idealistik mahupun naif seperti PAS.

 "Kita tidak akan hanya bercakap tentang prinsip-prinsip Islam tetapi membuktikannya. Parti baru ini akan realistik, berdaya saing, dan memperjuangkan hak rakyat. 

 "Ia juga akan benar-benar fokus kepada mengambil alih Putrajaya. Kerana tiada hunanya menjadi parti berasaskan Islam jika tiada kuasa berbuat apa-apa. Lebih baik jadi satu NGO Islam sahaja," katanya.

 Bagaimanapun, Faiz kurang berminat dengan kuasa dan mahu berada di belakang tabir pembentukan parti baru itu asalkan G18 terus memimpin berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

 Namun jika mereka tersasar, beliau juga tidak akan teragak-agak bersuara, seperti dilakukannya sebulan lalu. –  Julai, 2015. - themalaysianinsider
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Ishh.. xtaw nak kata gu mana laa.. bodoh pya hadi.. semua rakyat dok taw dah yg najib umno semua tu bodoh.. dia nak join jgak ngan umno.. aku dah jumpa org yg lg bodoh dari ahmad maslan.. apa pya bodoh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...