GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, July 05, 2015

Pendedahan WSJ : Haron Din setaraf Awang Selamat

4 Julai, 2015 : Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu. 

"Saya mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas ini."

 Semalam, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan ketiga-tiga syarikat ini memindahkan sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada akaun peribadi Najib di Ambank.

 Gani berkata, pasukan petugas khas, dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, sudah pun memulakan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  Baca di sini

5 July 2015 : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar pihak berkuasa melakukan penyiasatan segera terhadap dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin berkata, beliau turut yakin, agensi penguatkuasaan akan menjalankan penyiasatan mereka dengan adil.

 "Saya berpendirian pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Najib.Baca di sini


5 July 2015 : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya dakwaan berbilion ringgit mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya adalah tidak benar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

 Shafie yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan undang-undang satu kemestian bagi memastikan imej Malaysia tidak buruk di mata masyarakat antarabangsa.

 "Datuk Seri Najib perlu mengambil tindakan undang-undang, sekiranya tuduhan itu tidak benar supaya kerajaan tidak dipandang buruk di mata umur dan masyarakat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan. Baca di sini


5 July 2015 : PAS hari ini dilihat mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada skandal terkini susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

 Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memetik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menyifatkan dakwaan WSJ itu tidak logik dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dulu. di sini


5 July 2015 : Umat Islam diminta banyak bersabar terutama dalam bulan Ramadan dan bersangka baik mengenai skandal terbaru Datuk Seri Najib Razak selagi belum dibuktikan kesahihannya, kata akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

 Awang Selamat menerusi ruangan pojoknya hari ini mahu rakyat Malaysia memberi keyakinan penuh kepada perdana menteri bagi membela diri dan membuktikan beliau di pihak yang benar serta menjadi mangsa tohmahan.

"Lebih-lebih lagi umat Islam pada bulan Ramadan yang mulia ini, dituntut lebih banyak bersabar, tidak mudah percaya spekulasi dan bersangka buruk selagi sesuatu dakwaan itu tidak dibuktikan kesahihannya," katanya dipetik daripada edisi mingguan Utusan Malaysia, hari ini. di sini

Komen al-Husseyn :

Memanglah tidak lojik, sebagai seorang Perdana Menteri yang diamanahkan untuk berkhidmat mensejahterakan rakyat, tetapi aleh-alehnya menghancurkan harapan dan amanah tersebut. 

 Tetapi apabila telah keluar kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang telah mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , maka adalah tersangat pelik apabila ada manusia yang mengatakan dakwaan WSJ itu tidak logik ….

Awang Selamat pula menasihatkan rakyat Malaysia supaya banyak bersabar, tidak mudah percaya spekulasi dan bersangka buruk …

Waima pasukan petugas khas itu yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia. 

Hanya dua manusia ini saja yang nampak pelik. Seorang kata dakwaan WSJ itu tidak lojik, manakala seorang lagi menganggapnya sebagai spekulasi dan sangkaan buruk....

Nampaknya dua orang ni sama saja tahap mentalitinya …..sama-sama tukang jilat! Mereka berdua masih percayakan Najib kerana siang malam Najib terus melalak dengan slogan Rakyat Didahulukan .... 
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

BILA JIN SUDAH JADI TOLOL SETANDING HADI SUSAH LAH NAK MAJU...

Younger But Wiser said...

Media yang mengambil pendekatan munafik akan disukai oleh golongan munafik dan musuh-musuh Islam jua..

Younger But Wiser said...

Media yang mengambil pendekatan munafik akan disukai oleh golongan munafik dan musuh-musuh Islam jua..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...