JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, July 23, 2015

PKR perlu utamakan Pakatan 2.0, bukan Pas‎

SHAH ALAM – Kerjasama politik PKR dengan Pas dijangka tidak akan berkekalan sekiranya Pakatan 2.0 ditubuhkan selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran Harapan Baru sebagai parti politik baharu tidak lama lagi.‎

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menegaskan PKR perlu memberi keutamaan kepada rakan komponen dalam Pakatan 2.0 terlebih dahulu sebagai sebuah gabungan bagi menghadapi PRU14.

 “Kalau sudah wujud satu Pakatan baharu, dia (PKR) kena bantu parti komponen yang kita persetujui, keutamaan mesti diberi kepada parti komponen dulu.

 “Bermakna ia (PKR) akan kena hadapi satu pihak saja (PR 2.0), (Pas) tak boleh ambil satu komponen (untuk bekerjasama), mesti ada satu persetujuan untuk bantu-membantu dalam gabungan terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

 Dalam pada itu, Phahrolrazi juga berkata, pertembungan Pas dengan calon Harapan Haru tidak dapat dielakkan pada pilihan raya akan datang khususnya di kerusi yang pernah dimenangi pemimpin progresif Pas atau G18 pada PRU13 lalu.

 “Pertembungan itu mungkin berlaku, Pas bukan sahaja kena hadapi Harapan Baru bahkan gabungan baru dalam Pakatan 2.0.

 “Kita akan pergi sebagai satu gabungan seperti BN, pada masa itu Pas pergi (bertanding) sebagai sebuah parti sahaja berbanding Harapan Baru dalam gabungan,” ujarnya

 Dalam pada itu, beliau meletakkan keyakinan tinggi bahawa harsat G18 untuk menubuhkan parti Islam baharu itu akan menjadi realiti.

 “Setakat yang saya turut serta dalam setiap perbincangan itu, Insya-ALLAH akan menjadi realiti, setakat ini komitmen mereka begitu tinggi.

 “Sambutan akar umbi mahukan parti politik baharu, asasnya untuk membina semula gabungan PR baharu yang telah terbubar,” jelasnya. Ditanya tentang hala tuju Ahli Parlimen dan Adun Pas yang menyertai Harapan Baru, beliau berkata perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat entiti itu minggu ini.

 “Saya akan cadangkan dalam mesyuarat supaya mereka ini membuat perbincangan khusus, mungkin sesetengahnya tak bersedia ke depan, kita nak tengok apa dia halangan-halangan untuk mereka ke hadapan dari sekarang.

 “Saya mahu bawa dalam perbincangan itu supaya dapat selaraskan pendirian Ahli Parlimen dan Adun yang ingin menyertai parti baharu ini. ~ sinarharian
Comments
2 Comments

2 comments :

Wan Rosli said...

Patutlah DAP pun x sanggup amik diaorg ni jadi ahli.. boleh lingkup DAP sebelum matang dibuatnya..cuba bayangkan apa agaknya tindakan LGE kalau depa ni merancang nk buat parti baru tapi masih lagi tak nak keluar dari DAP??

Anonymous said...

sila baca blog mso.

Seorang ahli perniagaan asal Kelantan dikata diberi kontrak memajukan sebidang tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan syarat kontrektor berkenaan akan menyediakan dana kepada Pas Kelantan untuk mengekalkan kerajaan Kelantan pada pilihan raya akan datang.

Tanah yang diperuntukan itu merupakan bekas tapak kilang sebuah syarikat luar negara yang sudah tamat tempoh pajakannya. Nilai tanah yang terletak di Bangsar itu mencecah ratusan juta ringgit.

Kontra pemberian itu jelas menunjukkan sudah ada persefahaman awal di antara Umno dengan Pas untuk sama-sama menerajui Kelantan.

Dalam pada itu ada maklumat mengatakan perundingan awal untuk memberikan tanah itu kepada ahli perniagaan berkenaan melibatkan salah seorang ahli parlimen dari Kelantan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...