GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, July 21, 2015

Ribut Melanda Ipoh: Mana MB Perak dan Ahli Parlimen Tambun?


Ribut yang melanda sekitar Bercham, Tanjung Rambutan, Chemor dan Klebang pada hari raya kedua, Sabtu 18, Julai lalu yang mengakibatkan lebih 100 buah rumah dan sebuah masjid rosak teruk kini telah 3 hari berlalu.

 Pagi tadi saya telah berkesempatan membuat tinjauan ke Masjid Al-Muttaqin, Bandar Baru Putra, sebuah masjid yang bumbungnya telah diterbangkan ribut dalam kejadian tersebut.

Ruang solat lelaki tidak boleh digunakan kerana permaidani rosak direndami air hujan. Keadaan sungguh tidak selesa akibat bau hapak karpet yang masih lembab. 

Keadaan masih mendung dan hujan mencurah di kawasan persekitaran. 

 Ahli jemaah terpaksa menggunakan ruang diluar yang tiada permaidani untuk mengerjakan solat. 



Kelihatan longgokan bumbung zink mesjid yang sudah rosak di perkarangan luar masjid.

Menurut Setiusaha mesjid tersebut yang ditemui, Hj Jamaluddin, kejadian berlaku selepas jemaah selesai menunaikan solat Asar dan beredar.

 Ditanya samada MB Perak, Zambry telah datang melawat tempat tersebut, beliau sambil tersenyum memaklumkan, mantan MB Besar Pakatan Rakyat, DS Nizar Jamaludin ada datang kelmarin. 

 Juga dimaklumkan, Ahli Parlimen kawasan tersebut, Husni Hanazdlah walaupun telah membuat sambutan Rumah Terbuka Hari Raya di Sungai Rokam, Ipoh juga gagal untuk menjengok kawasan-kawasan yang dilanda ribut tersebut. 

Pejabat Ahli Parlimen Tambun yang terletak di Jalan Kuala Kangsar itu pun masih lagi tutup kerana bercuti pada hari ini.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...