JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, July 06, 2015

Salahuddin Ayub : Jangan tunggu lama-lama ...lama-lama...

Jangan lama-lama terkancing gigi lak!
Bos saya, Haji Salahuddin Ayub mantan Naib Presiden PAS yang sebelum ini juga sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat masih ditagih keputusan yang bakal dibuatnya.

 Semua maklum beliau akan hanya membuat keputusan tawaran sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat lantikan kerana beliau telah tewas Muktamar Tahunan sebelum ini.

 Pengalaman saya yang mengenali beliau lebih sepuluh tahun dahulu, agak susah 'membaca' sikap sebenarnya kerana beliau seorang yang begitu teliti dalam banyak keadaan.

 Dahulu sebelum mengenalinya dengan lebih dekat, saya adalah 'pemandunya' di sekitar Perak jika beliau akan berceramah di sini selepas turun daripada Terminal Bas.

 Semasa itu saya sebagai Setiausaha Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, saya cukup rapat dengan beliau yang banyak bersikap pendiam walaupun sebelum menjadi Ahli Parlimen.

 Cubaan kali ketiga barulah saya diterima menjadi Pegawai sepenuh masa dengan Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai Penolong Pegawai Tadbir Perhubungan Awam dan Media.

 Pada awalnya beliau menjadi Ketua Pemuda pada tahun 2005, saya sudah cuba memohon kerja sebagai Setiausaha Kerja PASTI Pusat tetapi gagal ketika itu.

 Percubaan kedua pula selepas setahunnya memohon sebagai Setiausaha Kerja Pemuda Pusat juga gagal, tetapi selepas lebih tiga bulan barulah diterima ketika itu.

Saya turun ke bidang politik di Universiti Politik di lembah kota raya yang memerlukan tindakan pro aktif dan segera kerana banyak perkara yang perlu kepekaan kita.

 Berdasarkan watak dan keterampilan bos saya yang sentiasa dilihat di Parlimen sebagai seorang 'Negarawan' dan sentiasa peka dengan usul-usulnya memerlukan sokongan.

 Sebagai Pegawai Khasnya, saya sentiasa mengambil peluang berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang setiap isu yang ingin dibawa dan disentuh.

Banyak perkara yang saya belajar dengan beliau erti sebagai seorang Ahli Politik yang setiap minit dinilai oleh masyarakat di sekeliling kita.9 Pelbagai peluang yang saya perolehi dengan pengenalan bos dengan setiap orang yang ditemuinya dan cuba memahami seni politiknya yang sentiasa peka setiap masa.

 Pada masa ini satu keputusan besar yang beliau umumkan akan dibuat selepas Hari Raya nanti, ramai pihak yang bertanya saya apakah pendirian bos saya itu.

 Terus terang yang saya katakan, bab politik dalaman bos saya amat kurang dapat difahami oleh saya sendiri dan beliau jarang membincangkannya dengan saya secara terbuka.

 Tetapi saya yakin dan percaya, beliau telah bersedia menetapkan 'jalan' politiknya di masa hadapan dan beliau bukan seorang yang mudah bersikap 'berpatah balik'.

 Bagi saya, mungkin saya dan bos saya serta rakan-rakan kami akan menetapkan hala tuju politik masing-masing selepas Hari Raya ini tidak kira apa yang akan berlaku.

 Saya akan terus menghormati bos saya kerana beliau adalah guru politik saya dan banyak pengalaman bersama yang saya kutip daripada beliau sehingga keadaan yang ada ini.

 Saya ucapkan selamat maju jaya kepada bos dan doakan agar beliau diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus berada di pentas politik yang amat memerlukan beliau. Ameen! ~ Safarizal Saleh.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Semoga Allah memberi hidayah padanya utk istiqamah bersama PAS sekarang..kerana org yg benar2 mahukan Islam secara jujur akan tetap bersama PAS...kerana mereka tahu jemaah di landasan yg betul..kerana kelak Allah akan buka satu persatu kebenaran yg di bawa oleh TGHA..dan terbongkarlah kejahatan musuh2 islam...harap jgn bila dah terlambat baru nak taubat..moga kita semua di naungan ILAHI..

Anonymous said...

Semoga Allah memberi hidayah padanya utk istiqamah bersama PAS sekarang..kerana org yg benar2 mahukan Islam secara jujur akan tetap bersama PAS...kerana mereka tahu jemaah di landasan yg betul..kerana kelak Allah akan buka satu persatu kebenaran yg di bawa oleh TGHA..dan terbongkarlah kejahatan musuh2 islam...harap jgn bila dah terlambat baru nak taubat..moga kita semua di naungan ILAHI..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...