JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, July 24, 2015

Sarawak Report ancam keselamatan negara kerana laporannya tidak palsu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengakui bahawa siri pendedahan oleh laman Sarawak Report belum dapat dibuktikan sebagai palsu.

  Menurut suruhanjaya tersebut, kandungan laman berkenaan antara lainnya boleh “mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi," kata SKMM.

Ketua bahagian pemantauan dan penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yassin mendedahkan perkara itu dalam satu taklimat kepada para editor portal berita, termasuk Malaysiakini yg turut dihadiri  lebih 10 orang editor, termasuk dari The Malaysian Insider, The Star dan New Straits Times.

 Zulkarnain juga memberitahu editor berkenaan supaya mengambil sikap “berhati-hati” dalam laporan mereka.

 Namun, beliau menegaskan bahawa ia “bukan satu amaran” dan hanya satu “nasihat”.

 “Apabila keadaan memerlukan, kita akan bertindak,” katanya. Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn :

Baru kita tahu, rupa-rupanya kerja menyangak dan menyamun saperti projek 1MBD itu, kalau tidak ada sesiapa yang membocorkan rahsia kegiatan musibat mereka itu, keadaan negara kita akan terus tenteram dan akan terus stabil, tidak akan mengganggu gugat ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi.....

Kalau ada berlaku rompakan depan mata, korang tutup mata buat-buat tak nampak dan jangan sekali-kali mendedahkan sebarang maklumat yang mungkin ada pada anda kepada polis kerana ini hanya akan menjadikan pihak polis susah tak senang duduk dan hanya menjadikan polis tidak tenteram....

Kalau perompak itu seekor kucing kurap tak mengapalah....ini yang merompak adalah segala bapak Harimau bapak Singa dan bapak buaya... Hahahaha!
Comments
1 Comments

1 comment :

Usop Ali said...

Perangai melayu melayu ni...mengalahkan zionist la...hebat hebat korang...bodoh x boleh diajar rupanya.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...