GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, July 12, 2015

Sejenak merenung liku-liku kemunculan parti baru

Ust Ahmad Awang ketika menyerahkan borang penerimaan
pencalonan kerusi presiden PAS
Kemunculan parti baru yang dijangka selepas Aidil Fitri ini ditunggu dengan penuh debaran. Namun, ianya tidaklah semudah yang kita jangkakan kerana ada pihak yang tidak senang dengan kemunculannya nanti. Pastinya pihak yang tidak menyenanginya ini turut mengatur perancangan halus untuk menggagalkan misi dan visi parti baru ini nanti.

Pengalaman selama bersama PAS, kita telah dapat lihat bagaimana penyusupan fraksi Umno akhirnya telah berjaya menjadi dominan setelah perginya sosok ulama sebenar seperti almarhum Ust Fadzil Nor dan almarhum TGNA.


Apakah tidak mungkin akan berulangnya episod tersebut kepada parti GHB yang bakal ditubuhkan ini nanti?


Keberangkaliannya ada. Maka renung-renungkanlah. Lihatlah dengan teropong kebijaksanaan, jangan sekadar meneropong dengan teropong sakti Raja Bomoh Malaya. Hancus!

Di samping itu, saya ingin mengajak kalian untuk menyelusuri sejenak perjalanan yang penuh ranjau dan liku berduri yang terpaksa ditempuhi selama ini merentasi waktu sebelum G18 tersingkir dengan penuh kehinaan.

Betapa waktu itu, PasMa telah berdepan dengan tekanan paling hebat di awal penubuhannya.Ketika krisis menteri besar Selangor semakin memuncak, kerjasama antara PAS dengan PR semakin merosot. Spekulasi bertiup kencang PAS akan bersama Umno membentuk kerajaan di Selangor bagi menyelesaikan krisis itu.

Sebagai respon, lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Bharu pada hari Merdeka, 31 Ogos 2014 dan menubuhkan PasMa.Inisiatif ini bermula selepas Hadi memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat pada 25 Ogos beliau mahu bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan di Selangor.

Phahrolrazi, selaku presiden PasMa berulangkali menegaskan penubuhan PasMa adalah bagi memastikan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat. Pasma berperanan sebagai platform kepada pemimpin PR untuk membincangkan isu-isu politik.

“Jika dalam parti, perbincangan agak terbatas, sebab tertakluk pada peraturan. Pasma memberi ruang untuk bincang isu politik untuk manfaat PR agar terus relevan dalam masyarakat dan jadi parti alternatif terbaik,” katanya.


Kita (Pasma) tidak mahu PR runtuh. Kalau PR jatuh
kita akan kembali kpd zaman 1950-andan 1960-an
di mana rakyat tiada pilihan,” kata Phahrolrazi, 
bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah
 PasMa telah berjaya menganjurkan beberapa majlis forum dengan menjemput kalangan pemimpin parti dari gabungan Pakatan Rakyat dan wakil NGO. Forum pertama Pasma telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor pada 8 Sept 2014.

Sejajar dengan tujuan penubuhan Pasma mahu memastikan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP terus kekal bersama, Dr Mujahid yang merupakan salah seorang ahli panel malam itu menegaskan:

“ PAS tidak ada apa-apa hasrat atau pun niat untuk bersama dengan Umno” Baca di sini 

Jelas terbukti bahawa PasMa merupakan batu penghalang kepada usaha untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Mungkin kerana ketegasan PasMa sebagai batu penghalang hasrat atau pun niat puak konservatif untuk bersama dengan Umno, PasMa telah dilabel sebagai parasit kepada PAS dan mereka dituduh mendaftar sebuah parti baharu. Haji Hadi menyifatkannya sebagai "jemaah dalam jemaah" di dalam parti itu. 

Akibatnya Phahrolrazi telah menerima kecaman dan tohmahan paling hebat. Hingga ada yg mengaitkannya dengan DAP yg  kononnya akan menyalurkan sekurang-kurangnya setengah juta ringgit bagi setiap tiga bulan kepada Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai ‘imbuhan’ untuk melaksanakan strategi bagi ‘projek khas’ menjatuhkan kepemimpinan ulama dalam PAS, termasuk menyingkirkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain menjalankan aktiviti mereka. (Baca di sini

Ketika kalangan progressif mahu menghadapi pemilihan pada Muktamar 61, tidak ada orang yang berani berdepan untuk mencabar kerusi Presiden.

Mujurlah UAA seorang lagenda pejuang sejati yang disanjung kerana ketegasannya menolak untuk bergabung dengan Umno selepas PRU-13 dulu, telah sanggup ke depan untuk menerima pencalonan untuk lawan presiden yang selama ini tidak pernah ada yang berani mencabarnya, termasuklah Husam Musa sendiri. 
Antara penghinaan puak UG terhadap UAA

Maka, bermacam-macamlah UAA dilabel oleh puak UG hanya kerana UAA mahu mencabar kedudukan Hj Hadi sebagai presiden parti pada Muktamar 61.

Ketika ini hanya UAA sahaja yg dikira paling layak kerana kedudukannya setaraf dengan Hj Hadi sebagai seorang Ulama. Dalam keadaan ini, UAA telah berjaya menutup mulut cirit birit UG yang menuduh kalangan konsevatif sebagai 'Anti-Ulama'.

Ketika ini kecaman telah beralih kepada UAA. Hj Hadi tanpa menyebut sebarang nama seperti dalam kesnya memfitnah pill kuda dulu, telah mentohmah lawannya sebagai calon yg ditaja oleh DAP. Asyik-asyik DAP! Puak-puak konservatif ini senjata ampuh mereka ini macam perangai Umno, mesti dikaitkan dengan DAP!

Dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui rakaman video , Hj Hadi mendakwa, pertandingan itu adalah antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.


Walaupun kalangan G18  seperti Mat Sabu dan Dr Hatta, Dr Dzulkefli Ahmad, Khalid Samad seumpama nya turut dicerca dengan pelbagai nista, namun mereka ini kelihatan tidak  begitu 'berahi' nak lawan balik atau bergerak secara kumpulan.


Mohamad Sabu sendiri, walaupun begitu dihina oleh kumpulan budak-budak yang 'Kencing Berjemaah" dan dihambur dengan doa laknat sewaktu Muktamar ke-60 dulu, hanya mengeluh : "Saya bukan manusia pelastik...."

Dan seolah-olah masih mahu mengampu Hj Hadi dengan kenyataan :

"Tuduhan-tuduhan kita (saya) sama ada nak menjatuhkan Presiden itu...tak ada langsung dalam jiwa kita," katanya ketika memberi ucapan penggulungan pada Muktamar Pas kali ke-60, di sini.



Hanya dua tiga kerat sahaja yang sanggup untuk digandingkan bersama dengan UAA dalam kempennya di serata negara.


Namun DS Nizar adalah terkecuali. Beliau sangat vokal dalam menyuarakan perlunya perubahan. Presiden PAS perlu ditukar, kata Nizar dan akibatnya, dia tersingkir awal-awal lagi dalam pemilihan peringkat kawasannya sendiri. Dia vokal dan berterus terang dengan pendiriannya.

Hanyalah setelah G18 nyata tersingkir pada Muktamar 61, mereka bergabung tenaga untuk bangun semula menyusun gerak langkah untuk meneruskan perjuangan legasi UFN dan TGNA. Inilah semangat yang ada pada setiap pejuang sejati yang tidak mudah luntur dengan mehnah dan ujian.


Maka tidak heranlah, isu Syiah akan kembali subur sedikit masa nanti untuk menggodam Mat Sabu and the gang.




Mereka amat licik dalam melakukan setiap agenda mereka. Antara agenda jahat puak konservatif berjaya lakukan terhadap PasMa ialah mengenai 'nasihat' MSU supaya ahli PAS tidak terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa. 

Entah bagaimana pula ‘nasihat’ MSU itu akhirnya telah menjadi satu larangan yang mesti dipatuhi, hinggakan ke hari ini, agak menghairankan kerana masih ramai kalangan yang berasa kelat nak bersama PasMa.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

PEMIMPIN PEMIMPIN TOLOL PAS MAHU AHLI AHLI NYA IKUT TOLOL SEKALI

Ini semua orang orang Melayu Islam pulak tu

Ini ikut AJARAN NABI SAW ke????

Bahalol Betul Orang Orang PAS sekarang!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...