GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, July 05, 2015

Siapa dalang yang cuba aibkan Ust Ahmad Awang?


  Saya sempat berbual panjang dengan Ust. Ahmad Awang sebentar tadi melalui telefon. Beliau ketika itu sedang memandu kereta dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika itu, beliau di Behrang, saat mengakhiri bualan, beliau memaklumkan dah sampai di Sungai Buluh....

Saya bertanyakan beliau mengenai gambar yang tertera diatas...status yang dinaikan sendiri oleh guru sejarah PHD, Ridhuan Mohamad Nor. Maka berceritalah UAA mengenainya.

Jumaat lepas, saya tiba awal ke masjid tersebut lebih kurang jam 12.30 dinihari. Saya lihat sudah ada kereta lain ditempat khas kereta penceramah di situ. Saya sudah lama menyampaikan tazkirah di masjid tersebut dan ini pertama kali perkara ini berlaku. Tak mengapalah, fikir saya; mungkin orang itu tidak perasaan mengenai tempat khas tersebut. 

Di tepi tangga, kelihatan ada yang menjual buku di situ. Saya terus menuju masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk dikerusi penyampaian kuliah. Sewaktu sedang duduk di situ, henfon saya berdering lalu saya menjawapnya.

Panggilan dari seorang AJK masjid yang menguruskan program kuliah dan pengajian di masjid itu.

"Ustaz, program dah tukar. Ingatkan ustaz tidak akan hadir hari ini  sebab bulan puasa...dah panggil orang lain gantikan tempat ustaz," katanya.

"Kenapa saya tidak dimaklumkan terlebih awal?" Tanya ustaz menahan sabar.

Diringkaskan cerita, tanpa banyak songeh, UAA pun mengalah lalu beralih duduk ke bawah seperti dalam gambar. Beliau pun tidak menyedari ada orang yang mengambil gambarnya pada waktu tersebut. Tahu-tahu saja, gambar itu terpampang di status fesbuk Ridhuan Mohamad Nor. Apa tujuan beliau sebenarnya?

Seorang anak muda, Ahmad Syihan Ismail dalam status fesbuknya menulis :
Saya cukup kecewa dgn ustaz Riduan Mohamad Nor. Semalam, sepatutnya jadual ustaz ahmad awang berkhutbah di masjid Sungai Buloh, sejak 5 tahun dia tazkirah dan khutbah di situ. 
Semalam pihak masjid tak maklumkan namanya dikeluarkan dari berkhutbah. Sudah la dia datang awal. 
Tempatnya diambil alih oleh riduan mat nor. Apa tujuan ustaz riduan mengambil gambar ini dan tempel dalm fb? 
Kemudian upload pula dalam grup wasap spt berbangga2. Tidakkah dia berasa bersalah ulama ini dimalukan sedemikian rupa? Aib. Aib.
Beginikah kelakuan seorang yang mengaku mendukung perjuangan Islam? Dimanakah akhlak beliau terhadap seorang ulama setokoh Ust Ahmad Awang ini? Takkanlah Riduan ni tidak tahu bahawa UAA memang selalunya memberikan tazkirah di situ sebelum ini...

Alangkah moleknya kalau Riduan pergi mendapatkan UAA terlebih dahulu dan berkata sesuatu yang lunak sebagai menghormatinya sebagai seorang yang lebih berumur dan lebih berilmu daripadanya.

Persoalan yang menjadi tandatanya ialah, siapakah dalang disebalik wayang kulit ini semua? Riduan Mohd Nor hanyalah boneka Pak Dogol ...
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Ridhuan ni kan penjilat tegar hadi awe
Biarla ustaz tak pa hari ni hari dia
Akan sampai masa dia di aibkan pula
Percaya la...
Mamat ni tak akan menang kat parlimen jertih...

Anonymous said...

Opss maaf cikgu
Pembetulan parlimen besut sebenarnya

lagu tu laa said...

Phd=Perasaan Hasad Dengki!

Unknown said...

Bukan setakat jertih seluruh kelantan pas akan lingkup

Anonymous said...

Kuang ajaq punya walaun

la_abwa said...

Perangai ustaz2 zaman sekarang. mungkin ini yg diistilahkan sbg ustaz 'sampul'....berebut duit dlm sampul surat.
Siapa Ridhuan.mohd nor? sy tak kenal..tp Ustaz Ahmad Awang ni kenal la,masa DSAI nak masuk umno dia lah yg nasehatkan spy jgn masuk umno (kalau x silap).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...