GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, July 14, 2015

SIAPA SEBENARNYA YG PERSENDAKAN HUKUM HUDUD????

Oleh Che Ibrahim Mohamad

 Jika ditinjau dari sudut politik, undang-undang jenayah islam ini mendapat layanan dan sikap yg berbeza2 antara parti2 politik dominan di negara ini. UMNO sbg sebuah parti politik orang melayu Islam yg terbesar di Msia dan menjadi tonggak parti pemerintah semenjak merdeka atas nama Perikatan dan BN, berkali2 menegaskan hudud tidak ada dlm agenda mereka, bahkan mereka akan mempastikan undang-undang hudud tidak dilaksanakan di negara ini, wpun akhir2 ini ada beberapa orang pemimpin umno menyatakan sokongan utk membantu Kerajaan Pas Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan, namun UMNO sendiri sbg sebuah parti tidak pernah menyatakan sokongan tersebut.

PAS sbg sebuah parti yg menjadikan Islam sbg dasar perjuangannya pun tidak pernah konsisten dlm isu pelaksanaan hukum hudud, mereka sendiri mengambil pendirian yg berbeza2 ketika memerintah Terengganu dan Kedah, bahkan apa yg dilakukan oleh Kerajaan Kelantan skrg berbeza dgn pendirian TGNA semasa menjadi MB Kelantan lebih drp 23 thn.

 PKR walaupun tidak menolak hukum hudud, namun mereka mengambil pendirian yg berbeza di segi kewajipan pelaksanaan dan kesesuaian semasa. DAP pula dgn tegas menolak hukum hudud sbg bercanggah dgn Perlembagaan Negara dan masyarakat majmuk.

 Sebagai seorang Muslim, saya tetap yakin hudud adalah undang-undang dan perintah allah, namun pelaksanaannya berbeza dgn kewajipan2 Islam yg lain spt solat, puasa dan haji. Seperti mana perintah zakat dan solat jumaat, seorang muslim tidak diwajibkan menunaikan zakat harta benda dan solat jumaat tanpa perintah drp pemerintah, demikian jugalah tentang hudud, kita hanya boleh sekadar percaya hudud adalah hukum allah, tetapi kita tidak boleh melaksanakannya kecuali oleh atau atas arahan sebuah kerajaan yg memerintah.

 Kewajipan melaksanakan hudud adalah tanggungjawab pemerintah, bukan individu, hudud juga hanya wajib ditegakkan dlm sebuah negara Islam yg berdaulat, bukan mengikut wilayah atau kelompok masyarakat spt mendirikan solat hariraya.

 Di Malaysia, perkara jenayah adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri, pelaksanaan undang-undang jenayah adalah melibatkan institusi kehakiman spt mahkamah dan yg berkaitan dgnnya spt penyiasatan, pemdakwaan dan pelaksanaan hukuman. Semua agensi2 pelaksanaan undang-undang jenayah ini spt hakim, polis, pegawai pendakwa dan jabatan penjara yg bertanggungjawab melaksanakan keputusan mahkamah adalah di bawah bidangkuasa kerajaan pusat.

 Jika perkara jenayah ini diberi kuasa kpd kerajaan negeri, sudah tentu kerajaan negeri menghadapi kesukaran utk mewujudkan agensi2 sendiri bg tujuan melaksanakan undang-undang jenayah islam, sedangkan di peringkat pusat, kita masih mengamalkan Kanun Kesiksaan sbg undang-undang jenayah negara. Kita bukan shj berhadapan dgn seorang warganegara yg terpaksa berhadapan dgn dua sistem undang-undang, tetapi bakal mengundang fitnah kpd undang-undang islam itu sendiri. Sbg contoh seorang telah mencuri, mahkamah manakah mereka akan dihadapkan kerana mereka masih tertakluk kpd dua undang-undang yg masih berkuatkuasa iaitu hukum hudud dan Kanun Kesiksaan, siapakah yg akan memutuskan ke mahkamah manakah pencuri ini akan didakwa?????

 Dengan tempoh thn 2015 yg sudah melepasi separuh drpnya, kita tidak mungkin melaksanakan hukum hudud dgn hanya melalui copong2 pembesar suara, namun persiapan utknya masih entah di mana. Adakah kita sekadar berharap Enakmen Hudud yg sudah dua kali diluluskan sudah memadai utk kita menegakkan hukum Allah, sedangkan kaedah2 dan prosedur pelaksaanannya masih entah di mana?

 Adakah kita merasakan kita boleh mengatasi semua halangan perundangan dan teknikal peninggalan penjajah semata2 kerana apa yg kita nak tegakkan ini adalah perintah Allah? Adakah kita rasa hakim2 yg akan menjadi hakim di mahkamah hudud nanti memadai dgn melantik hakim2 pencen sbg hakim hudud kerana isu perjawatan hakim yg memerlukan kelulusan JPA tak pernah kita bincang?? Adakah kita bersedia dan sanggup melantik hakim2 mahkamah sivil yg sekian lama bergelumang dgn undang-undang sekular spt hakim2 yg memenjarakan DSAI atas kesalahan liwat sekadar bergantung penuh kpd keterangan saiful sbg mangsa liwat semata2 sbg hakim hudud spt yg diperuntukkan dlm KJS II 2015????

 Adakah kita merasakan kita telah menegakkan hukum hudud bila kita meluluskan satu enakmen membolehkan orang yg berzina dihukum rejam sampai mati atau rotan 100 rotan, sedangkan dlm enakmen yg lain kita hanya denda rm4000 kpd orang yg berkhalwat atau melakukan mukaddimah zina???

Di penghujung ramadhan ini, marilah kita bermuhasabah siapakah sebenarnya yg persendakan hukum hudud. Meletak sesuatu bukan di tempatnya adalah satu perbuatan zalim dan tidak dibenarkan dlm Islam, Hudud adalah undang-undang negara yg wajib dilaksanakan dlm sebuah negara islam dan oleh pemerintah Islam, bukan dlm sebuah negeri dan oleh pemerintah kerajaan negeri yg tidak ada bidangkuasa dlm perkara jenayah. Bila kita meletakkan pelaksanaan hukum hudud tidak kena pada tempatnya maka sesungguhnya kita telah melakukan satu kezaliman kpd hukum tersebut.

 من استعجل شيءا قبل اوانه عوقب بحرمانه
 "Kaedah Fiqh menyebut sesiapa yg melakukan sesuatu perkara sebelum masa yg dikehendaki, maka menyebabkan dia dihalang dari mendapatkannya".

 Sesiapa yg melakukan solat sebelum masuk waktunya, maka solat tersebut tidak sah, sesiapa yg membunuh ibunya,maka dia dihalang drp mendapat pusaka ibunya. Siapa yg cuba bersolat tanpa menutup aurat atau cuba nak bersolat di tempat yg dilarang, maka sewajarnya ditegur kerana dibimbangi akan termasuk dlm golongan persendakan perintah allah.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Setuju 100 percent dgn penulis...

Anonymous said...

Terima kasih atas satu pencerahan ilmu yang sangat berfaedah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...