GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, July 10, 2015

Soalan bebal dari seorang menteri ......

Datuk Ahmad Maslan mempertahankan Datuk Seri Dr Najib Razak dan mengatakan perdana menteri tidak begitu bodoh untuk mengambil wang kerajaan seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.

 Timbalan menteri kewangan juga berkata, Najib bukanlah jenis individu yang mengambil wang kerajaan dan rakyat Malaysia tidak seharusnya mempercayai akhbar perniagaan antrabangsa itu.

 "Perdana menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana agensi kerajaan dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi?

 "Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia kebebalan yang terlalu amat sangat. "Perdana menteri memberitahu kami yang maklumat itu 100% tidak benar. Jangan bimbang, dia bukan orang yang begitu. Kita tidak perlu menjadi seperti WSJ dan percaya kepada berita pelik itu," kata Ahmad dalam ucapannya pada majlis penutup Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Jabatan Kastam di Ipoh, pagi ini.

 Ketua Penerangan Umno itu berkata, minggu lepas, beliau sibuk melawat beberapa bahagian Umno di Kuala Kedah, Sungai Petani, Bayan Baru, Batu Kawan, Kuching dan Shah Alam untuk menjelaskan mengenai laporan 1MDB, GST dan WSJ dalam mesyuarat tertutup.

 Ahmad berkata beliau tidak fikir ada orang yang begitu bodoh menyimpan sejumlah besar dana awam dalam akaun peribadi mereka. Baca lagi - di sini
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Perdana Menteri bodoh mana? Najiblah sapa lagi... yang sanggup ambik seorang timbalan menteri bodoh yang memiliki cgpa yang tinggi; yang kini jadi pelakon komedi tanpa tauliah berrating tinggi di Malaysia.

Anonymous said...

KALAU ORANG ORANG UMNO DAN PAS CAKAP BUKAN BODOH MAKNA SAH IANYA BODOH BAHALOL

KENAPA????

ASAL USUL UMNO PAS ADA LAH ORANG ORANG BODOH SEJAK AZALI LAGI

TU SEBAB SNGGUP BODOH KAN DIRI UNTUK DI BODOH

SALAM 1BODOH

Ridd said...

Jgn dilayan kalau dilahirkan jadi pencacai....I hel you...you help me..!

Kalau zaman jepun manusia macam ni lah yang jadi talibarut......"Doppio Face"

Sentiasa Panas said...

Pengampu yang berharga rm1 juta!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...