PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, July 28, 2015

Tak perlu kosong kerusi untuk sertai Harapan Baru

SHAH ALAM - Seorang Adun Selangor hari ini menegaskan bahawa Adun daripada Pas yang menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), tidak perlu mengosongkan kerusi Dun.

Adun Morib, Hasnul Baharuddin berkata, tindakan menyertai Harapan Baru itu melibatkan soal prinsip dan ia bukanlah satu kesalahan.

 "Tak ada isu (berpindah parti). Lompat parti sebab tertentu seperti sogokan... itu dari segi moral jelas menyalahi moral dari segi politik.

 "Tapi ini pindah parti sebab prinsip tertentu Pas yang tidak dapat dielakkan dan ia tidak menjadi kesalahan mengikut enakmen," katanya ketika dihubungi Bernama.

 Hasnul mengulas kenyataan Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman semalam bahawa Adun dan Ahli Parlimen Pas yang berhasrat meninggalkan parti bagi menyertai Harapan Baru perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dahulu.

 Mohd Khairuddin berkata, ia kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket Pas. Selain Hasnul, dua lagi wakil rakyat Pas Selangor yang dilapor menyertai parti baharu Harapan Baru adalah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud. Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan Harapan Baru yang terdiri daripada pemimpin kanan Pas yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.

 Harapan Baru yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti Pas dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat selepas DAP dan Pas memutuskan hubungan.

Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.

 Dalam pada itu, Hasnul berkata, sokongan pengundi yang diterima Pas sebelum ini bukan disebabkan oleh dasar parti berkenaan tetapi menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat.

 Beliau berpendapat Pas tidak sepatutnya membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP sedangkan gabungan bersama dalam pakatan pembangkang yang menjadikan Pakatan Rakyat mampu menawan Selangor. - Bernama ~  sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

PAS lupa diri..sbb tu jadi BONGKAK

Anonymous said...

Pas lupa diri bukan saja jadi bongkak tapi dah terus jadi gila sebab "lupa diri|"balasan kerana mengkhianati kawan dan rakan seperjuangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...