GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, July 12, 2015

Timbalan Pengerusi DAP Perak tempelak PJ Perak, Razman Zakaria.

Kenyataan Haji Razman untuk PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak adalah satu kenyataan yang sangat tidak logik (pinjam cakap Harun Din).

Malah kenyataan PJ Perak ini lebih kelakar dari apa yang pernah di ucapkan oleh PAS Sabah yang mahu bertanding di semua kawasan di Sabah! Baca di sini.

Ahli Parlimen Batu Gajah dan Timbalan Pengerusi DAP Perak, V.Sivakumar menganggap kenyataan Razman itu amat melucukan.

Beliau menempelak kenyataan Razman tersebut sebagai tidak mempunyai asas tetapi rata-rata membuktikan niat buruk untuk menghancurkan kekuatan parti pembangkang DAP dan PKR dalam PRU14," katanya.


Betulkah PAS nak tanding 59 kerusi 
utk meneruskan perjuangan Nabi?
Menurutnya, jika PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak, ini akan melibatkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti PKR. Jadi, bagaimana pula PAS boleh megekalkan hubungan tahaluf siasi dengan PKR?

 Seterusnya beliau memberikan data imbasan kembali keputusan PRU12 dan PRU13 untuk renungan bersama. 

"Dalam PRU12, PAS Perak bertanding 20 kerusi tetapi hanya memenangi 6 kerusi. 

"Manakala dalam PRU13 pula PAS bertanding 22 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 5 kerusi. 

"Tetapi, dalam PRU14, PAS berniat bertanding 59 kerusi tanpa bantuan DAP dan PKR. PAS juga perlu sedar bahawa kekuatan mereka juga telah berkurangan akibat persengketaan dalamannya. 

"Pada hemat saya, PAS akan menghadapi kesulitan dalam mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenanginya di bawah pucuk pimpinan yang sedia ada dan persekitaran politik yang telah berubah."

 V. Sivakumar turut meramalkan PAS akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 jika terlalu tamak dan berniat untuk menghancurkan pihak pembangkang di negeri Perak. Rakyat juga lebih arif membaca niat tersirat PAS untuk bertanding 59 kerusi DUN semata-mata untuk membantu UMNO Barisan Nasional menubuhkan kerajaaan sekali lagi di Perak. Baca artikel penuh: di sini
Comments
10 Comments

10 comments :

ras abu said...

setuju 100% PAS bertanding semua kerusi dalam PRU14 nanti - biar mereka merendah-rendahkan PAS asalkan PAS yakin pada perjuangannya

Anonymous said...

Yakin dengan lutut dan siku...aparaa

Anonymous said...

Sokong jenis ni yang bawa rebah.

Unknown said...

Ya ... ambo turut setuju 200% PAS bertanding semua kerusi dalam PRU14 - biar mereka puak pas cai ini hilang defosit asalkan PAS yakin pada perjuangannya.

Anonymous said...

DAP tolak hudud. Pas putus hubungan dengan DAP.
PKR tolak hudud. Pas tetap teruskan hubungan dengan PKR. Soalnya, Pas putus sebab agama atau sebab kaum?

DinSikuLutut. said...

bagus! inilah dipanggil anak jantan sejati, PAS akan bertanding di semua kerusi di Sabah dan Perak. Bahkan semua kerusi di seluruh Malaysia, termasuk di Sarawak.
Jika diizinkan Allah, PAS akan bertanding disemua dalam pilihanraya Myamar nanti. Bahkan kemungkinan besar akan meletak calon untuk memenangi pilihanraya presiden Amerika.

Anonymous said...

Yang paling penting Allah redha...walla...jangan koyal terlebih sudah la...berentilah dok jual ayat-ayat Allah tu!!!

Wan Rosli said...

Biasalah depa ni apa yg PAS nak buat atau cakap semua x betul.. tp apa yg DAP telah buat atau ckap semua logik dan masuk akal.. tp bila kita kata hidung dah kena tarik mati2 x nak mengaku..!! Hahahaha..

Anonymous said...

Ya betul. Saya setuju. Tandinglah semua kerusi ADUN & Parlimen satu Malaysia. Biar bodoh asal dapat lepas geram.

Wan Rosli said...

Setuju ras abu.. pru 13 pas bersekongkol dgn dap kesannya dpt kurang kerusi.. pru 14 pas jijik dgn dap kesanya mungkin dpt 2 kali ganda kerusi.. org melayu x nak dah bn ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...