GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, July 24, 2015

'Tunjuk apa dipinda, tang mana dipinda'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mustahil untuk meminda dokumen syarikat PetroSaudi International (PSI) seperti yang didakwa oleh bekas eksekutifnya, Xavier Andre Justo.

 Menurut Dr Mahathir, perkara itu dilihat mustahil untuk dilakukan memandangkan jumlah dokumen tersebut "banyak".

 Sehubungan itu, beliau meminta kepada pihak yang berkenaan supaya menunjukkan dokumen yang didakwa dipinda seperti didakwa Justo.

 "Tunjuklah apa yang dipinda. Tunjuk dokumen itu, tunjuk tang (di) mana yang dipinda.

 "Nak pinda dokumen (macam mana), banyak tu, tak boleh," katanya ketika ditemui pemberita di lobi hotel Shangri-La di Kuala Lumpur hari ini.

 Dalam temubual bersama Straits Times Singapura Justo mendakwa pengendali Sarawak Report dan seorang ahli perniagaan Malaysia berbincang untuk “meminda” maklumat dalam dokumen syarikat PSI itu.

 Justo ditemu bual akhbar itu di Bangkok, Thailand.

 Justo yang menjadi sumber kebocoran maklumat tersebut juga bersetuju untuk menjual dokumen berkenaan, yang didakwanya dicuri dari PSI untuk bayaran sebanyak AS$2 juta (RM7.6 juta).

 Justo mendakwa, individu yang ditemuinya awal tahun ini merancang untuk menggunakan dokumen tersebut “sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia” dan mereka juga merujuk kepada usaha untuk “meminda dokumen tersebut”.

 Bagaimanapun, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menafikan dakwaan untuk meminda dokumen itu dan mempersoalkan mengapa 1MDB dan PSI masih belum mengemukakan bukti pindaan tersebut. ~malaysiakini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Ingat Allah Maha Mengetahui jika hari ini dokumen tidak dicuri oleh yang mencuri kita rakyat Malaysia tidak akan ketahui keberobokan pemimpin yang rakus hendak mengkayakan diri dan kroni,tapi dengan kebesaran dan keagongan Allah telah mendedahkan keburukan perangai dan ahklak pemimpin yang tidak amanah dan menzalimi rakyat yang dalam kepayahan hidup harian maka terjadilah apa yang dapat kita saksikan hari ini,apakah pemimpin dan kroni masih tidak mahu sedarkan diri dan sebaliknya masih berdolak dalik dengan kuasa yang tinggal sedikit itu,akuilah kesalahan dan bertaubatlah dengan Allah dan memohon ampunlah pada rakyat semoga diringankan beban azab diakhirat kelak,ameeeen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...