GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, July 09, 2015

Umno perlu selamatkan parti atau Najib ?

Pemimpin Umno perlu membuat keputusan sama ada untuk menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak atau untuk menyelamatkan parti mereka walaupun mereka mesti korbankan Perdana Menteri, bekas Menteri Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis dalam blognya , Zam berkata :

Najib berada dalam keadaan dilema; jika berundur mengesahkan tuduhan dan jika tidak berundur maka sudah jelas kepadanya keadaan tidak lagi memihak padanya.Apa juga yang dilakukannya tidak lagi akan dapat memulihkan imejnya.

 Jika kehendak rakyat dan Allah berlaku maka inilah pertama kali seorang Perdana Menteri Malaysia yang berbangsa Melayu dan berugama Islam jatuh secara yang paling tidak terhormat.Tentunya sekaligus melibatkan maruah UMNO.

 UMNO telahpun kehilangan kepercayaan dari orang Cina dan kepercayaan dari orang Melayu sedang terhakis dengan parahnya.Najib sebagai pemimpin besar mereka berada dalam keadaan cedera parah.Skandal kewangan yang berlaku menyebabkan mereka membuat konklusi mudah untuk menolak " sahlah cerita selama ini UMNO parti rasuah." 

 Tembok kukuh dan megah yang dibina sejak lebih 60 tahun lalu sedang runtuh dengan pantasnya diruntuhkan oleh kuasa besar media Barat.

 Tindakan Najib mengambil tindakan Mahakamah tidak lagi boleh menyelamat dan membersihkan dirinya. Ia sekadarkan dapat memanjangkan kuasanya buat sementara dalam keadaan tidak diyakini rakyat; ketidakstabilan politik dan kekerohan ekonomi.

 Sekarang hanya terserah kepada para pemimpin UMNO untuk memutuskan samaada untuk membiarkan keadaan ini terus berlaku sehingga berlaku keadaan yang lebih buruk dan lebih memalukan.

 Mereka mesti membuat pilihan yang bijak dan keputusan tegas berani samaada untuk menyelamatkan Najib atau untuk menyelamatkan UMNO sekalipun terpaksa mengorbankan Najib. Jika UMNO disukong oleh orang-orang menjiwai perasaan rakyat maka mereka akan dapat membuat keputusan yang tepat dalam keadaan yang runcing.

 Orang Melayu tiada lagi tempat kuat untuk bergantung, Pas juga sedang runtuh, UMNO berada pada taraf moral yang cukup rendah. Apakah ini yang dilihat oleh media asing sebagai suatu peluang untuk meruntuhkan kuasa Melayu dan Islam yang telah bertakhta di negara ini sejak lebih 60 tahun lalu.

Nafas terakhir UMNO sekarang berada di tangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sebelum rakyat mencabutnya. ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Malaysiabaru said...

Dalam umno tidak lagi pemimpin yg lebih hebat dari Najib

Iaitu pemimpi. Yg lebih hebat menyamun..

Hanya penyamun ultra power sahaja boleh jadi presiden umno kerana bapak segala penyamun adalah layak sebagai calon presiden?

Mahkluk itu tdk lain tidak bukan mahafiraun zaman 80,90,an

Wan Rosli said...

Sape kata pas nak runtuh.. G18 keluar PASMa keluar pas kembali kukuh sekukuh2 nya..

Usop Ali said...

Ini umno( BARU) bukan umno yg sebenarnya....lupa ke...pak zam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...