GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, July 31, 2015

Undi tidak percaya : PAS masih terkial-kial, tidak ada pendirian yang tegas

Ramai yang beranggapan, pembentukan semula Kabinet oleh DS Najib Tun Razak hanyalah tindakan nekad semata-mata untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari terjebak ke dalam skandal 1MBD. 

Tapi bagi Presiden PAS Hj Hadi secara 'tidak langsung' telah menyatakan sokongannya terhadap tindakan DS Najib yang menurutnya adalah bertujuan mahu menyelesaikan masalah negara yang sedang dilanda masalah (kemelut 1MBDB).

Malang sekali kerana Hj Hadi memandang sinis dan menyindir terhadap tindakan pihak pembangkang yang terdiri dari Pakatan Rakyat 2.0 yang sedang berura-ura untuk membentang undi tidak percaya terhadap Najib dan mencadangkan 'Kerajaan Transisi'.

Hj Hadi yang sekadar menyatakan apa yang semua orang kampung pun telah sedia tahu bahawa 'Undi Tidak Percaya ' boleh dilakukan oleh mana-mana negara yg mengamalkan sistem Demokrasi. 



 Tetapi kenapa Hj Hadi enggan menyatakan sokongannya terhadap langkah Pakatan Rakyat 2.0 untuk membawa usul tidak percaya terhadap Najib? 

Rupa-rupanya sikap 'muzabzab' Hj Hadi tidaklah sesia begitu sahaja. 

Tahniahlah kepada Hj Hadi sebab petang tadi DS Najib Razak memuji sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendapat barisan Kabinet baharu selepas rombakan perlu diberi peluang menyelesaikan masalah negara sebelum undi tidak percaya diusulkan. Takbirlah para wala'un sekalian! Baca di sini 

   PAS sepatutnya bermesyuarat untuk mengambil sikap dan pendirian terhadap perkembangan negara yang terkini. Kesian melihatkan PAS yang masih lagi terkial-kial tidak tahu untuk menyatakan pendiriannya. Mungkin tunggu selepas menyambut Hari Raya Korban nanti.....

 Haji Hadi jelas semakin menjauhkan PAS dari kumpulan pembangkang dan lebih menyantuni Umno/BN.

 Hj Hadi kata, "PAS bukan parti yang berebut kuasa. PAS ialah parti yang nak menunaikan amanah! Itu membela rakyat! Kita tak rebut kuasa!" 

Hoi! Tuan Haji, apasal PAS menyertai pilhanraya selama ini kalau tidak mahu rebut kuasa? 

Bagaimana nak tunaikan amanah dan membela rakyat kalau kamu terus bersimpati dan mesra dengan parti yang zalim dan senantiasa menindas rakyat?

Sekadar untuk renungan kita bersama, saya mengajak kalian merenungi sejenak firman Allah di dalam al-Qur'an bermaksud : 

1) "Mereka berkeadaan 'muzabzab' (tidak mempunyai pendirian) antara (iman dan kufur), mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula kepada golongan (yang beriman), dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka kamu (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan bagi menyelamatkannya".(QS an-Nisa': 143) 

Jangan jadi golongan muzabzab ini yang dicela oleh Allah... mereka mengambil jalan tengah seolah-olah sikap mereka adalah betul... dalam hal berpolitik dan menyertai jema'ah Islam...

2) Surah Al-Nisa 123 “ Ya ayyuhalladzina amanu kunu qawwamina bi al qisthi syuhada-a lillah… (Wahai orang-orang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar jadi penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah …)

Berikut adalah transkrip wawancara bersama Hj Hadi yang masih tidak tahu nak bertindak selain hanya tunggu dan lihat dulu. 

Soalan : Golongan …..negara di parlimen ..terhadap perdana menteri (tak jelas) 

Hj Hadi : Itu salah satu proses demokrasi. Biasa dalam Negara yg mengamalkan demokrasi boleh dibuat undi kepercayaan di parlimen melalui Dewan Negeri boleh dibuat. Dan melalui pilihanraya boleh dibuat. Itu proses demokrasilah… 

Soalan : (tak jelas) 

Hj Hadi : Itu kita lihat dulu. Kita lihat kewajaran untuk bertindak. Kita akan kaji. 

Soalan : Dilihat dari aspek macam mana Datuk? 

Hj Hadi : Ya? 

Soalan : Lihat atas faktor apa untuk buat …? 

Hj Hadi : Ha? Kita melihat keperluannya sekarang ni, dilanda masalah2 negara. Kita lihat kabinet baru ni yang baru ni… dia nak selesai parlimen dalam masalah negara ni…kita lihat dahulu….lihat dulu. Dan PAS bukan parti yang berebut kuasa. PAS ialah parti yang nak menunaikan amanah! Itu membela rakyat! Kita tak rebut kuasa!

Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Hj Hadi nak bela rakyat macam mana kalau sokong penyamun. Lebih baik isi borang umno jangan menipu diri sendiri. Hj Hadi tak lebih dari penghafaz kitab bukan ulama. Memalukan institusi ulama.

sizzly7761 said...

Dia sendiri pun tak faham isu dan tak memahami apa yg dia meraban! Pandangan yang tidak selari dengan realiti pandangan rakyat ! Nur sebagai ulamak hilang kerana menyokong pemimpin yang diragui intergritinya!

Anonymous said...

Senang cakap dlm PRU nanti tidak perlulah kita mengundi calon PAS kerana PAS bukannya hendak merebut kuasa. Jika calon mereka menang nanti serta ada kuasa ketika itu tapi tak buat kerja, dengan mudah akan memberikan alasan mereka bukannya kebulur hendakkan kuasa...dah you all yg gatal nak pilih ana, itulah pasal..siapa suruh! Missi utama PAS adalah untuk memecahbelahkan PR, itu sahaja...

Anonymous said...

mcmnilah cikgu ali dan shbt2 lain. fokuskan pada pjuangan turunkan umnoBN ni. smua info2 dari Hadi n Najib ni janganlah rujuk berita harian utisan tv bagai. kasihan saya tengok kita ni. musus di depan tapi masih nak tampar belakang kepala kawan2 yg lain. maaf la saya budak lagi

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon August 01 2015 6:44:00pm. Kita ni macam sepasukan main bola, kita serang musuh di depan, Hj Hadi ni umpama penjaga gawang kita dibelakang, dia tidak bersungguh mempertahankan gawang kita tu. Dia sendiri sumbat gol....itulah masalahnya! Macam mana nak suruh kita fokus lawan umno?

Anonymous said...

boleh tgk/baca/dengar sumber2 dari UmnoBN dan Mkini (dap). tapi baca la dari ke2-2 sumber cikgu. takpa lah hak masing2 nak berparti. tapi kurangkan atau jgn hentam ssama sndiri. nasihat yg sama kpd Pas. sekaramg BN tgh sakit tenat..kita sibuk nak cari penyakit buat apa. maaf cikgu kot2 marah ke hapa. nnt ilmu sekolah dulu hilang pula. asalamualaikom

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...