GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, August 21, 2015

1MDB: Peguam Negara kambus lubang cacing, tak bagi SPRM masuk?

Perlu kita mengingati semula bahawa skop siasatan Pasukan Petugas Khas (“Special Task Force”) yang dianggotai oleh SPRM, BNM, PDRM dan Peguam Negara adalah untuk menyiasat secara keseluruhan urusniaga 1MDB untuk memastikan tidak ada pecah amanah atau salah guna kuasa. 

Ini meliputi semua tuduhan yang dibawa sebelum ini termasuklah tuduhan wang 1MDB dipindahkan ke akaun milik individu yang rapat dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti Jho Low; sehinggalah kegagalan 1MDB memenuhi komitmen kewangannya untuk membayar hutangnya yang telah mencecah RM42 bilion.


Setelah siasatan telah sampai ke suatu peringkat, dimana pejabat Peguam Negara dalam persediaan akhir menyiapkan waran pertuduhan ke atas Perdana Menteri Najib, dengan sekelip mata tiba-tina Tsunami melanda negara :

1) Gani Patail, Peguam Negara disingkirkan. 

2) Tan Sri Rashpal Singh, bekas penasihat SPRM ditahan untuk soal siasat.

3) Jessica Gurmit Kaur, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara ditahan untuk soal siasat. 

4) Pasukan Petugas Khas peringkat tinggi kerajaan yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang melibatkan SPRM, Polis, Bnak Negara dan Peguam Negara dibubarkan.

5) Seramai 9 Pegawai SPRM telah disoalsiasat oleh polis. Antaranya ialah:

i) Ahmad Sazilee Abdul Khairy, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pejabat dan rumahnya digeledah dan beliau ditahan polis pada 1.00 pagi untuk soal siasat.
ii) Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin 
iii) Timbalan Pengarah operasi khas SPRM Datuk Tan Kang Sai 
iv) Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob 

Pegawai penyiasat SPRM itu disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, yang melibatkan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

6) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob telah  ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri

Peguam negara kambus lubang cacing?

 Datuk Bahri Mohamad Zin tidak berselindung dalam menyatakan rasa kemarahannya dengan tindakan polis tersebut dengan meluahkan kata,“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing"!

Mungkin disebabkan itu, cacing-cacing yang telah kepanasan, tidak menjemput SPRM untuk bersama mereka lagi. Cacing-cacing tak mahu SPRM masuk ke lubang merekakah? Hahaha! Baca beritanya berikut:

Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (National Revenue Recovery Enforcement Team) untuk meneruskan siasatan pelbagai kes termasuk berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Sinchew Daily melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun tidak menjadi sebahagian daripada pasukan baharu itu.

 Menurut akhbar itu, pasukan tersebut sebaliknya diketuai Jabatan Peguam Negara dan dianggotai Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

 Tugas pasukan tersebut ialah memulihkan hasil cukai dan aset negara serta mempunyai skop tugas yang luas termasuk siasatan ke atas 1MDB.

 Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdul dalam temuramah melalui telefon dengan Sinchew Daily melahirkan rasa terkejut dengan penyingkiran SPRM daripada pasukan siasatan tetapi pada masa yang sama menyatakan beliau tidak kecewa.

 Mohd. Shukri tidak menafikan pasukan baharu itu ditubuhkan mungkin untuk menggantikan pasukan petugas khas 1MDB tetapi menegaskan bahawa siasatan oleh SPRM tidak terjejas.

 "Walaupun bukan sebahagian daripada pasukan baharu, SPRM akan terus menyiasat SRC International Sdn. Bhd. dan isu RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri.

 "Bagi saya, walaupun betul SPRM disingkirkan daripada pasukan baharu, ini bukan satu masalah. SPRM akan menjalankan tugas seperti biasa kerana kita badan bebas," katanya yang juga pemangku Ketua Pesuruhjaya SPRM.

 Menurutnya, dengan ketiadaan pasukan petugas khas yang asal, SPRM dapat mengumpul semua pegawai yang kini tersebar di tempat lain kerana menganggotai pasukan itu.

 Beliau turut sempat memberi nasihat kepada pasukan baharu supaya menyerahkan kes-kes rasuah kepada SPRM jika kejadian suapan dikesan berlaku.

 "Pasukan baharu mungkin lebih memberi perhatian kepada usaha memulih hasil kerajaan dan mereka mungkin berpendapat ini bukan tugas SPRM," katanya.

 Mohd. Shukri bagaimanapun berpendapat SPRM mempunyai peranan dalam menyelamatkan dana negara dan mengurangkan penyelewengan.

 "Rakyat mungkin tidak nampak peranan SPRM dalam memulihkan hasil negara, tetapi hakikatnya SPRM telah melancarkan banyak operasi penguatkuasaan dan pencegahan untuk menyelamatkan dana negara yang berjumlah besar.

 "Ini boleh dilihat dalam operasi melibatkan aktiviti penyelewengan berkaitan diesel, balak, pasir dan lain-lain. Kita membantu kerajaan menjimatkan hasil yang tidak terkira jumlahnya," katanya. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...