JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, August 01, 2015

1MDB: Timb pendakwa raya pula ditahan


Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy, yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara, adalah orang yang ketiga ditahan – Gambar TMI

 Seorang timbalan pendakwaraya yang terlibat dalam tangkapan baru-baru ini berkaitan dana dari sebuah agensi kerajaan yang didakwa disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditahan polis, kata sumber.

 Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy, yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara, adalah orang yang ketiga ditahan pagi ini.

 Dua yang lain, Tan Sri Rashpal Singh dan Jessica Kaur, akan dibebaskan malam ini selepas polis gagal mendapatkan tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya tengah hari tadi. – TMI

 Baca: Tan Sri dan pegawai pejabat peguam negara ditahan 

 Rashpal adalah bekas penasihat SPRM manakala Jessica bertugas di Jabatan Peguam Negara.

 Kedua-duanya ditahan pagi ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di mana mereka ditahan untuk disoal siasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Tan Sri Rashpal Singh –
Foto www.malaysia-today.net
Difahamkan mereka mungkin akan dibebaskan sebaik sahaja polis, yang mempunyai 24 jam untuk menahan mereka, selesai menyoalsiasat mereka.


 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tangkapan itu, menurut Malaysiakini, tetapi berkata Sazilee tidak ditahan reman kerana polis dijangka akan selesai menyoal beliau hari ini. Khalid memberitahu portal berita itu, tangkapan itu dibuat berkaitan laporan polis yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. Peguam Rashpal dan Jessica enggan menjelaskan dengan tepat atas kes apa anak guam mereka sedang disoalsiasat.

 Rashpal bagaimanapun pernah dilaporkan laman web Malaysia Today menemui Rewcastle-Brown di London dan disyaki terlibat membocorkan maklumat mengenai 1MDB kepada laman web yang berpangkalan di United Kingdom itu.

 Tetapi SPRM menafikan perkara ini dalam satu kenyataan pada 21 Julai, mengatakan Rashpal, sebagai seorang penasihat, tidak mempunyai akses kepada siasatan agensi itu. Khidmat beliau dengan lembaga penasihat itu juga berakhir pada Februari. SPRM juga menafikan mana-mana kebocoran maklumat daripada penyiasat kerajaan berhubung 1MDB datang dari dalam agensi anti-rasuah itu.

 SPRM dan Jabatan Peguam Negara merupakan sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang menyiasat 1MDB serta dakwaan yang wang dari entiti berkaitan dana pelaburan negara itu didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Dua agensi lain dalam pasukan itu polis dan Bank Negara Malaysia.

 Polis pada 8 Julai berkata pihaknya akan menyiasat kebocoran maklumat mengenai siasatan ke atas 1MDB, mengatakan mereka juga akan meneliti anggota pasukan petugas itu sendiri.

 Ia terjadi susulan The Wall Street Journal mendakwa sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, memetik maklumat daripada penyiasat Malaysia.

 Najib menafikan mengambil wang untuk kepentingan peribadi, tetapi tidak secara langsung menyentuk mengenai pemindahan dana itu.

 Beliau, bagaimanapun, menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakannya bersubahat dengan pihak asing untuk menjatuhkan pentadbiran beliau.

 Peguam Negara yang baru, Tan Sri Apandi Ali juga baru-baru ini berkata, terdapat plot untuk menjatuhkan perdana menteri. – TMI. ~sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...