PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, August 14, 2015

Ada yang macam tak suka bila Khalid dan PKR berdamai.....

Saifuddin Nasution menaik muat status di fesbuk menjelaskan tentang bagaiman mula tercetusnya isu saman Khalid Ibrahim dan bagaimana akhirnya perkara tersebut diselesaikan dengan baik diluar mahkamah :
Pada kemuncak langkah pkr untuk meminta tan sri khalid berundur sebagai mb selangor, saya menemui almarhum tuan guru nik aziz di kediamannya di pulau melaka.
 Tuan guru menasihati saya agar menulis sebab musabab alasan mengapa pkr meminta tan sri khalid berundur. kata tuan guru jika tidak ditulis hanya pimpinan yg tahu, manakala pemimpin pas dan dap tak tahu. 
Saya balik melaporkan kpd biropol parti yg kemudiannya mengarahkan saya untuk menyediakan dokumen penjelasan tersebut. dokumen itu kemudian dihantar kpd pimpinan utama pas dan dap.
 dokumen tersebut kemudian menjadi asas saman tan sri khalid ke atas saya. Saya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kes ini. yb william leong dilantik sebagai peguam. dua minggu lepas saya dan yb rafizi menghabiskan hampir 5jam bersama william untuk meneliti dan menyediakan fakta-fakta kes.
 Pagi ini anwar mencadangkan kami mencari jalan penyelesaian. saya dan tan sri khalid setuju tidak meneruskan kes di mahkamah. kami saling bermaafan. anwar yg sepatutnya hadir sebagai saksi, sebaliknya pagi ini bertindak sebagai orang tengah. kes selesai. 
 Saifuddin turut merakamkan rasa kesal beliau terhadap reaksi negatif dari seorang yang sepatutnya mengajar tentang akhlak dan adab:


Beliau sekadar memaklumkan orang tersebut sebagai AJK PAS Pusat, berjubah dan berserban ....jeng..jeng...jeng....adakah wala'un ini?

Comments
5 Comments

5 comments :

Hope Last said...

fitnah tu bende betul...apa dah jadi kene mintak maaf..kene tarik balik.Masa tulis dulu...ada bukti ? Sekarang bukti dah x leh pakai.Apa cerita?
Pandai reka bukti reka cerita...tapi x betol bohong fitnah.
Siapa dalang disebalik ni semua?
jgn tuduh2 nanti jd fitnah.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Bertapa indahnya politik jika tidak dihias dengan fitnah dan hasad dengki. Boleh tersilap dan boleh juga bermaafan.

Anonymous said...

Ni la real politik...hihihi...TSKI 'dibuang' 'dimalukan' dan di macam macam lagi...sapa yang nampak tak le melatah sangat, tapi sapa yang ada kepentingan akan tersembul sifat aslinya...kita doakan semua boleh fokus pada misi. Sebab sekarang ni tengah kabur..tengok musuh nampak kawan, tengok kawan nampak musuh. Hebat politik kita, taknak dipikir pasai marhaen tapi lebih kepada misi masing masing. Jika berterusan..maka buruklah alamatnya.

Anonymous said...

ek ele... ckp org tak tabayyun menerima berita.. yg hang tu dlu terima maklumat terus je tulis dokumen fitnah ok lak..? tabayun la sangattt...

Alhusseyn Alhusseyn said...

Korang tak terfikirkah, kalau Khalid tu dipihak yg benar dan yakin akan menang kes ini, korang ingat dia akan senang-senang lepaskan Saifuddin gitu saja? Dia lepaskan peluang saman RM100juta tuu... Bila Saifuddin lengkap dengan saksi yg boleh membuktikan bahawa Khalid sebelum ini turut bersetuju dgn langkah Kajang dimana Anwar adalah calon dan Khalid menjadi Pengarah pilihanraya ... dan ada beberapa lain saksi lain utk perkara lain...menjadikan Khalid terpaksa surrender...ikuti entri saya seterusnya mengenai isu ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...