GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, August 09, 2015

Draf pertuduhan terhadap Najib itu wujud atau tidak, soal DAP

Peguam Negara (AG) dan polis perlu menjelaskan jawapan mereka yang bercanggah kepada draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri kerana rasuah yang bocor ke laman web Sarawak Report,  kata DAP hari ini.

 Ahli parlimen parti itu Lim Kit Siang berkata AG Tan Sri Mohamad Apandi Ali telah berkata lembaran draf pertuduhan itu adalah palsu.

 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, bagaimanapun, kemudian berkata, beberapa pegawai agensi anti-rasuah sedang disiasat untuk mengetahui bagaimana salinan draf itu boleh bocor dan dimuat naik di laman web yang berpangkalan di UK.

 Lim berkata perkara itu sepatutlah telah berakhir jika betul apa yang AG telah katakan bahawa draf itu adalah palsu.

 "Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamad Apandi Ali pada mulanya menolak kewujudan draf kertas pertuduhan itu dan menganggapnya sebagai palsu, dan ini harus menjadi akhir cerita. 

 "Apabila polis menangkap dan menyoal siasat pegawai SPRM berhubung dengan lembaran draf pertuduhan itu, adakah ini bermakna bahawa memang sebenarnya wujud draf kertas pertuduhan rasuah terhadap Najib di premis SPRM, dan bahawa draf kertas pertuduhan ini telah bocor kepada media sosial?

 "Yang mana satu ?," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Baca lagi di sini
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Saya minta SPRM siasat sama ada Perdana Menteri Malaysia, Najib terlibat dalam salah guna kuasa terhadap polis dalam penahanan anggota2 SPRM.

Kadang2 songlap duit billion2 boleh lepas... tapi salahguna kuasa boleh sangkut 5-6 tahun dalam penjara.

Anonymous said...

Idup DAP Idup DAP

Anonymous said...

Odup DAP Idup DAP
DAP for all

IbnAbdHalim said...

Kalau palsu kenapa kejar pembocornya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...