GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, August 04, 2015

Agak-agak tangan siapa ?

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang.

 Bahri berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

 Beliau menegaskan bagaimana SPRM telah menyiasat isu SRC International "siang dan malam" dan tiba-tiba ada tangkapan.

 "DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya.

 "Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya.

 Selain Ahmad Sazalee, polis turut menahan bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rasphal Singh dan seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

 Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

 Ketiga-tiga telah pun dibebaskan.

 Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama tiga jam bercakap dengan Bahri hari ini.

 Bahri beredar dengan tergesa-gesa dan hanya bercakap sekejab kepada wartawan yang hadir.

 Bahri juga menafikan yang beliau telah ditukar tugas atau bercuti berhubung dengan siasatan pasukan petugas khas itu.SUMBER 

Komen al-Husseyn :


Minggu lepas, draf kertas pertuduhan itu telah disebar secara meluas di media sosial yang mendakwa ia adalah sebab di sebalik penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara.

 Ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengeluarkan penafian melalui Twitter. Diikuti penafian oleh Peguam negara yang baru dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, bahawa dokumen itu adalah palsu.

Tapi sehingga kini, kenapa pihak berkuasa tidak mahu mendapatkan kenyataan dari Gani Patail sendiri berhubung dengan dokumen tersebut?

Selain penafian dari mereka yang memang tukang bodek Najib, keadaan lebih aneh kerana siasatan polis bertumpu untuk mencari dan mengesan pihak yang bertanggungjawab membocorkan maklumat mengenai draf kertas pertuduhan tersebut.

Kalau dah benar dokumen tu palsu sebagaimana penafian mereka tu, kenapa polis perlu menyiasat hingga  menahan beberapa orang hingga termasuk Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin? 

Jangan lupa untuk ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun yang kini baru dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, tukang kumpul dan memproses risikan keselamatan dotdot dotdot!
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Aku cadangkan SPRM baik tutup kedai
Tak payah beroperadi lagi baik
Sbb makna rasuah dah tak da makna
Kalau semata2 buat undang2 utk dakwa rakyat yg melakukan rasuah dan tidak pada menteri2 atau perdana menteri lebih baik tak payah beroperasi.

Anonymous said...

Oleh itu berwaspada dlm ungkapan ayat. Bila pihak atasan bermadah "bocor", bermakna benda itu "betul, tidak ada yg lain yg tidak betul melainkan betul belaka".

Lainlah jika tiada isu " kebocoran maklumat" tiba-tiba muncul benda yg menyesak nafas pihak tertentu baru boleh dianggap maklumat itu PALSU DAN TIPU.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...