JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, August 28, 2015

Akibat angkara "Just Chop It Like That...." Mohd Amar dan Mat Yakob gundah gulana

Kota Bharu: Pegawai kanan sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu bagi membantu siasatan berhubung penerimaan suapan antara RM70,000 hingga RM80,000.

 Suapan dipercayai diterima daripada kontraktor yang membangunkan projek lebuh raya rakyat di kawasan Hutan Simpan di Ulu Sat, Machang hingga menyumbang kepada kegiatan pembalakan haram.

 Turut ditahan dan disoal siasat adalah sembilan kakitangan Jabatan Perhutanan Machang dan seorang kontraktor yang disyaki menerima imbuhan sekitar RM700 hingga RM10,000 seorang.

 Penahanan itu susulan laporan media berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa menerusi  surat terbukanya mengatakan berlaku pembalakan di luar kawasan hutan berkenaan disebabkan ada pihak mengubah pelan asal yang diluluskan kerajaan negeri.

 Dilaporkan, kira-kira lima kawasan terbabit dengan pembalakan haram di sekitar projek pembinaan lebuh raya itu dan kawasan rehat dan rawat (R&R).

 Sumber SPRM berkata, pihaknya menahan reman pegawai kanan syarikat milik kerajaan negeri itu yang dipertanggungjawabkan untuk projek lebuh raya berkenaan hingga Isnin ini.

 “Sebuah kereta mewah milik pegawai kanan itu juga disita SPRM untuk siasatan lanjut,” katanya. ~  sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Org pertama yg bakal dipotong tangan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...