GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, August 02, 2015

Alkisah siAuta Kari....

INTIPATI UCAPAN N BALA SUBRAMANIAM 
DI PERKARANGAN MASJID AL FATAH KUANTAN 
1 OGOS 20159 

1. Saya masih ingat ketika mula-mula bertemu Tok Guru Nik Aziz, beliau berkata kepada saya, “Bala, kalau kamu mahu harta dan kekayaan, pergilah kepada MIC. Tapi kalau mahu bersama kebenaran, marilah kepada kami.” Maka saya memilih kekal bersama PAS ke hari ini kerana PAS memperjuangkan Islam dan berada di pihak yang benar.

2. Berada di dalam PAS, saya telah banyak belajar tentang Islam. Saya boleh datang ke masjid. Kalau saya dalam MIC, pastinya Umno tak akan ajak saya ke masjid dan saya tidak akan faham kebaikan Islam. Tapi apabila saya bersama PAS, saya diajak ke masjid, saya belajar dengan para ulamak dan saya dapak mengenali Islam dan hukum Islam dengan lebih baik.

3. Saya belajar Islam dari pimpinan PAS. Saya belajar syahadah. Bahkan saya sudah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad (SAW). Bukan sekali. Sudah berkali-kali. Dan Dato’ Tuan beritahu kepada saya, ya benar awak bertemu Nabi Muhammad kerana nabi Muhammad tidak mengira bangsa.

4. Di dalam PAS lah saya belajar mengenali hukum Hudud dan saya dapati ia adalah hukum yang benar. Sepatutnya apabila Lim Guan Eng memfitnah Presiden PAS dan hukum Hudud, semua pimpinan PAS hendaklah perjelaskan kepada Cina itu hal yang sebenar dan terangkan kepada dia kebaikan hukum Hudud. Malangnya ada yang mempertahankan Guan Eng dan menghentam Presiden PAS. Saya memilih untuk menyokong Hudud kerana inilah ajaran yang betul sedangkan dia (Guan Eng) tidak betul. 

5. Lapan tahun lalu ketika mula menyertai PAS, ketua kami yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar ialah saudara Dr Mujahid. Apabila Pak Lah perkenalkan Islam Hadhari, Mujahid dengan tegas berkata, Islam hanya satu sahaja tiada yang lain. Islam Hadhari bukan dari Islam. Islam adalah Islam. Tapi malangnya hari ini saya lihat Dr Mujahid membawa Islam baru yang diberi nama Islam Progresif.

6. Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan PAS kepada saya ialah Dr Hamzah. Saya terhutang budi dengannya hinggakan saya sebut namanya dalam ucapan saya di Muktamar Pusat lalu sebagai ucapan terima kasih saya kepadanya yang telah membawa saya ke dalam PAS.

 Tetapi hari ini Dr Hamzah sudah jadi orang No 1 dalam Harapan Baru. Bahkan dia menelefon saya untuk mengajak saya keluar dari PAS dan menyertai Harapan Baru. Saya jawab, doktor yang perkenalkan PAS kepada saya hingga akhirnya saya temui kebenaran. Bila saya sudah berada di jalan yang benar ini, tiba-tiba doktor mahu ajak saya ke jalan yang sesat?

 Saya tiada sebarang kepentinganpun dalam PAS. Doktor sudah 3 kali diberi penghormatan oleh PAS untuk bertanding dalam pilihanraya. Saya tidak pernahpun bertanding. Dan saya tidak pernahpun minta dengan PAS untuk bertanding. Bahkan saya tidak ada masalahpun jika tidak dipilih menjadi calun. Cukuplah bagi saya berada di atas jalan yang benar bersama dengan para ulamak.

7. Adakah mereka yang tidak faham ini perlu mengikuti kuliah dari saya untuk faham perjuangan Islam? Eloknya buat kuliah subuh la... 😉9 Catatan penonton:

 Aris Hazlan
[8/2, 3:59 PM] .....: fokus pd point 3
[8/2, 4:00 PM] .....: bahkan saya sudah bermimpi bertemu dgn nabi muhammad (saw).Bukan sekali. Sudah berkali2

p/s : Balasubramaniam lg hebat drpd mokhtar senik ketua dwn ulama pahang! Tar senik mimpi jumpa saidina omar ja.. Bala mimpi jumpa nabi terussss! ~ kameelabuya
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Dia tu islam mcm pas ker atau kapir macam dap?

Alhusseyn Alhusseyn said...

Kameel Abuya [02/08 21:26] I love you: Komen ana...

Ana tak pernah col dia jemput masuk parti baru.

Dia col ana ada.tp masa tu ana tgh meting.lalu ana col dia blik bila habis meting.

Dia tanya ana tntg parti baru, ana jwb ana tak blh bersama dlm parti yg tidak berakhlak.penuh dgn label melabel,fitnah mfitnah dan tak pandai brkawan.

Itu shj.ana tak jemput pun dia masuk parti baru.hal ini, ada seorg bekas pimpinan pas pun tanya ana, kenapa tak jmput bala join HB.

Ana jwb, ana lebih suka org ikut parti baru atas kesedaran dia sendiri...

Sebelum muktamar, dia ada ty pndgn ana nak letak jwtn pngerusi DHPP.ana ckp, klu blh jgn kluar selagi tok guru nik aziz ada.

Ana tak tau knp dia kelihatan kuat sokong pas semula. Sdgkn dia sendiri kata dia mgkin akan letak jwtn pengerusi DHPP selepas muktamar sbb org bkn islam dah tawar hati dgn pas.

Wallahualam

Alhamdulillah, petang tadi bala col ana mhn maaf atas ucapannya itu.

Ini jawapan dari Dr. Hamzah Jaaffar

Bala Belajar Lagi said...

nostalgia terhutang budi.

penyokong pas lebih lama sokong pas dari dulu lagi..malah ramai yg sokong
sejak muda lagi. setaakt bala tkde apanya. bala baru sgt kenal islam.
sudah tentu bala belum sgt faham islam yg inklusif dan pembawa rahmat dan
skar membezakan antara parti politik dan agama.

menganggap pas adalah satu2nya parti islam yg wajib disokong dan tidak
boleh ada parti lain.. adalah doktrin pas dr dulu.

dulu fahaman itu mungkin relevan kerana pas lebih dominan dr parti islam
lain. namun budaya kafir dan tuduhan munafik khianat tidak pernah berlaku.
sekarang pas sudah menyeleweng. penyelewengan boleh berlaku kpd
sesapa saja pada bila2 masa. kerana parti dan individu bukanlah Nabi saw
dan mereka tiada jaminan akan betul selamanya.

ditambah lebih parah apabila presiden pas menerap budaya wala membuta tuli,
presiden adalah ulamak maka tidak boleh disanggah. batang tubuh hadi mahu
dianggap islam, menyakiti hati hadi adalah mencemar islam.

kerana itu taksub kepada parti adalah suatu yg perlu dielakkan.


seorang tukang kayu yg amanah, jujur, melaksana perintah Allah dgn penuh ikhlas
tetapi tidak pernah terlibat dgn politik pas, adakah mereka itu boleh dianggap
tidak islam?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...