GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, August 01, 2015

Bebaskan segera Aktivis Anak Muda

Demo #Tangkap Najib akan diteruskan Sabtu ini)

 Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh merupakan yang ketiga ditangkap kelmarin selepas dua aktivis lain ditahan awal petang kelmarin. 

Mandeep ditangkap ketika beliau hadir setelah beliau dipanggil untuk hadir ke balai polis tanpa diberitahu sebabnya.
Peguamnya Honey Tan berkata, dia ditahan di balai polis Petaling di Jalan Klang Lama mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan, kerana menjalankan aktiviti mengancam sistem demokrasi berparlimen.

Terdahulu hari ini, aktivis Demi Malaysia Adam Adli Abd Halim dan Syukri Rezab ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi susulan penganjuran demonstrasi jalananan #TangkapNajib yang akan diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Tiga tahanan terbabit dihantar ke balai polis Jinjang malam tadi dan permohonan reman terhadap mereka dijangka dilakukan hari ini pada jam 10 pagi. ~ sumber

 Sementara itu, Penyelaras GERAKAN ANAK MUDA HARAPAN BARU (HB), Mohd Sany Hamzan menganggap tangkapan dibawah Akta Hasutan ini adalah ugutan yang tidak perlu. Rakyat perlu diberi kebebasan sebagaimana jaminan dalam perlembagaan untuk berhimpun secara aman. Polis sepatutnya bekerja keras untuk menangkap penyangak-penyangak yang merompak wang syarikat 1MDB.

"Sepatutnya pihak polis berunding dengan mereka secara terbuka. Beberapa himpunan sebelum ini berjalan dengan baik apabila pihak polis sedia berunding dengan penganjur dan tidak menggunakan kekerasan. 

 "Masyarakat awam sudah biasa dengan amaran pihak polis tentang kononnya wujudnya himpunan yang akan mencetus keganasan dan huru-hara. Namun apabila tiba hari kejadian, tiada keganasan dan huru-hara yang berlaku. " katanya.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...