GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, August 17, 2015

Berita untuk menambah kegembiraan Hj Hadi dan wala'unnya

 Tolong ambil perhatian kepada wala'un PAS yang siang malam membebel dalam fesbuk suruh mereka yg join GHB keluar dari PAS. 

Haji Hadi sendiri pun kata dia gembira dan bahagia bila aktivis parti yang kebanyakannya terdiri dari kalangan professional digugurkan dan tersingkir keluar parti dan menganggapnya sebagai proses pembersihan....

PAS berahi sangat nak singkirkan keahlian mereka, tapi cuma cakap-cakap saja tanpa berani bertindak. Pada 8 Ogos lalu keluar kenyataan nak pecat...



Tapi setelah bermesyuarat pada 13 Ogos Nik Amar dan Setiuasaha PAS yg baru, Takiyudin baru nak kumpul maklumat ....baru ambil tindakan ....



 Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.

 Jadi , PAS tidak perlu bersusah payah kumpul maklumat ke benda. Tak perlulah nak buang masa buat mesyuarat mengenainya sebab GHB akan melancarkan Parti Amanah Rakyat atau “Amanah”, nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber parti yang berteraskan Islam itu. Maka dengan itu, keahlian PAS mereka akan terbatal dengan sendiri. Gembiralah anda wala'un semua, bersama Hj Hadi!...Baca di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...