JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, August 18, 2015

Bukti PAS semakin merapu ...integriti kepimpinan semakin pudar dan terhakis

Apa nak jadi dengan PAS nih? Buat kenyataan semberono jadikan ramai yang fenin! Ini menyebabkan integriti kepimpinan PAS semakin pudar dan terhakis menyebabkan susah orang nak percaya mana satu kenyataan yang sebenarnya. Bila dah orang keliru, PAS salahkan media dan orang ramai pula.... Cuba perhatian dalam beberapa situasi yang berikut... 1) Pada 8 Ogos 2015, Harakah melaporkan 


  Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim mengumumkan PAS Pusat memutuskan akan menyokong dan menyertai Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung bulan ini.

 PAS Pusat juga memutuskan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.

 "Atas prinsip pilihan raya adil dan bersih PAS akan menyertai Bersih 4.0 nanti,"tegasnya. 

2) Namun, selepas pengumuman itu, Hj Hadi buat  pengumuman sendiri yang agak sedikit berbeza... Hadi kata "PAS hanya menghantar 2 wakil sahaja", bukan mengerahkan ahlinya untuk menyertai Bersih 4.0 yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu itu.

3) Apakah ini disebabkan kekeliruan di pihak Hj Hadi? TITM telah menyatakan, PAS akan hantar 2 wakil, iaitu Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.

Hj Hadi mungkin terkeliru …dia ingat PAS akan hantar wakil 2 orang tu saja untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0???

4) Pada 16 Ogos Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh buat dua kenyataan yang saling bertentangan :


a) Nik Abduh mengesahkan akan menghantar wakil menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan oleh NGO. 

"Bersih adalah tuntutan bersama yang telah kita persetujui lama, telah dibuat beberapa kali....."

Beliau berkata demikian pada sidang media Pemuda Pas di Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur, pada 16 Ogos lalu.... 




 b) Juga pada hari yang sama, 16 Ogos 2015, mamat ni buat kenyataan :



 Pas akan menganjurkan sebuah himpunan besar-besaran bagi menunjukkan sokongan kepada kepimpinan parti itu.



 Ketua Pemudanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, himpunan itu dijangka akan dibuat di Kuala Lumpur atau Selangor dan mensasarkan seramai 60,000 orang akan menyertainya.  Baca seterusnya  di sini

5)  Bila dah kantoi, mamat ni salahkan media dan tuduh silap petik ucapannya. Cer dengar molek-moleh gapo mu ngoyak dalam rakaman vdo atas tu, wahai Nik Abduh.... 


Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Biasanya kalau jadi mcm ni menunjukkan mereka2 ni tak pernah duduk semeja berbincang dan menberi kata putus. Masing2 buat arahan sendiri. Presiden kata lain...anak buah kata lain. Pemimpin apa mcm ni.

Ritchie Blackmore said...

Bila dah bangang......

tanya sama itu hud hud said...

Lidah bercabang..
Biawak kut?

Anonymous said...

itu pun ada hati nak calonkan hadi jd pm malaysia. hancur negara jadinya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...