GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, August 15, 2015

Di Manakah Maruah Rakyat Terengganu?

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bersumpah mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pernah berhasrat mencagarkan minyak dan gas asli di perairan negeri itu.

Dan pernah tak korang baca kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 9 Ogos lalu? Elok korang baca berita yg berikut :
  BESUT, 9 Ogos (Bernama) -- Terengganu tidak lagi boleh bergantung kepada sumber ekonomi hasil minyak melalui pembayaran wang ehsan sebaliknya perlu mencari alternatif ekonomi lain dan baharu, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini 
 Waktu aku baca kenyataan Mat Razip tu dulu, aku cuma perasan pelik sahaja, dan timbul pertanyaan dalam benak, kenapa pula buat kenyataan seperti itu....

Tapi bila terbaca di fesbuk Syed Azman, tetiba aku teringat semula kenyataan pelik Mat Razifp tu, korang baca atas tu!

 Rupa-rupanya Mat Razip tu ikut sahaja kehendak Najib. Tak berani nak lawan macam Mat Said walaupun dulu popular dengan gelaran 'natang'... 

 Kita nak pangge gapo kat MB Tengganu Mat Razip ni pula? Cer baca yg berikut: 


Medan Minyak Blok PM307 Bertam Tergadai?

 Persoalan medan minyak di Blok PM307 Bertam perlu menjadi perhatian kepada seluruh rakyat Terengganu yang cintakan negeri Darul Iman ini.

 Ia kini 'diserahkan' oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak kepada kerajaan negeri Pahang. 

 Persoalan medan minyak Bertam yang amat penting ini telah berkali-kali saya utarakan kepada kerajaan negeri Terengganu.

 Malah saya juga pernah mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mendapatkan penjelasan daripada YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan Kerajaan Pusat berhubung status kawasan medan minyak di Blok PM307 Bertam yang secara sah berada di kawasan perairan negeri Terengganu.

 Desakan ini dibuat kerana isu itu amat membimbangkan dan penegasan perlu dibuat. Malah rakyat berhak mengetahui mengenai kedudukan sebenar status telaga minyak terbabit ini.

 Namun, persoalannya, apa sikap kerajaan negeri Terengganu terhadap isu medan minyak Bertam ini?

 Sehingga kini, kerajaan negeri terus mengambil sikap berdiam diri tanpa apa-apa penyelesaian.

 Apakah Kerajaan Terengganu hanya mahu mendiamkan diri walhal Perdana Menteri telah secara terbuka menyerahkan dengan mudah medan minyak yang kini boleh memberikan pulangan RM100 juta setiap tahun kepada kerajaan negeri Pahang?

 Ia seolah-olah menunjukkan kerajaan negeri Terengganu terlalu lemah dan mudah di buli oleh kerajasn Pusat.

 Ia tiada hak untuk bersuara sedangkan adun-adun dan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah kini sedang menuntut 20 peratus royalti minyak walaupun negeri mereka juga dibawah kerajaan yang sama (BN).

 Saya ingin tegaskan bahawa perlu ada satu usaha untuk mengembalikan status telaga minyak ini kepada kedudukannya yang sebenarnya iaitu dengan mengembalikannya semula kepada tuan-punya yang berhak iaitu rakyat dan negeri Terengganu.

 Malah saya pernah membawa usul mengenai royalti minyak lebih dua tahun lalu di Dewan Undangan Negeri iaitu usul di bawah fasal 30 pada 11 Disember 2012.

 Antara lain usul ini adalah

 “Isu royalti minyak Bertam kepada kerajaan negeri adalah persoalan kedaulatan dan maruah Terengganu yang berdaulat. 

Setiap rakyat Terengganu walaupun apa jua pegangan politik, Umno, Pas ataupun tidak berparti, wajib mempertahankan hak dan maruah Terengganu Darul Iman.

 Begitu juga dari segi hak, rakyat Terengganu, semuanya sayangkan negeri ini...maka kita perlu bersatu mempertahankan hak negeri ini daripada diambil dengan begitu mudah oleh pihak lain,”. 

 Seruan saya; Ayuh rakyat Terengganu. Di manakah maruah dan kedaulatan kita semua?

 Apakah kita masih mahu berdiam diri sesuai dengan jolokan "rakyat Terengganu ni semua baik-baik belaka". "Asal buleh cari pitih serial-samah dang buleh cari makang cukuplah".

 Hak kita dengan begitu mudah di ambil oleh negeri lain sedangkan kita terus berpeluk tubuh pasrah? Mari kita ketepikan sentimen politik yang sempit. 

 Mari kita sama-sama berjuang untuk kita mengembalikan Maruah dan Kedaulatan Ganukite yang tercemar ini!

 Kembalikan Medan Minyak Bertam kapada Rakyat Terengganu! ~ Syed Azman

Tak pernah dengar lagi Hj Hadi timbulkan atau bertanyakan isu ini di parlimen... Adakah dia tahu benda ni semua ?
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

tahniah syed azman
kawang sokong mung
politik politik jugok
jgn sampai kedaulatan negeri tergadai
teruskan usaha anda syed azman
walaupon parti anda pulaukan anda
anda tetap anak ganu
tahniah

Anonymous said...

nak bentang macam mana, asik ponteng jer

Wan Rosli said...

TGHA pasti tahu.. tapi selagi UMNO memerintah selagi itulah tidak ada apa yg boleh mengubah keputusan yg telah dibuat..

Sebab itu TGHA mengambil tindakan yg lebih terkedepan dari pembangkang yg lain..


Itu lah taktik PAS yg bijaksana mahu tapau kan UMNO sekaligus.. baru lah cerdik berpolitik..kalau setakat nak jatuhkan najib seorang.. pak lah pun pernah dijatuhkan dulu tapi pembangkang tak ke mana pun.. cuba berfikir cara ulamak berfikir bukan ikut cara DAP berfikir semata2!

Anonymous said...

Bila MB ckp,, yg bg hint, pembangkang xhentam dia, buat diam jugok, MB bukan nk lwn, pembangkang xpandai main peranan, bila pembangkang panggil org demonstration maka sng MB ckppd Najib, jgn slhkan MB, Politik kena bijak, jgn cari salah aje

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...