GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, August 12, 2015

Dua wajah PAS yang terpaksa Tuan Ibrahim galas ...

 
Aku dah pernah alaminya dulu .....
Bekas Timbalan PAS, Hj Mohamaed Sabu dulu sering mengalami phenomena begini hingga ada yang kata kat dia, "Ayam jagoan, dah jadi ayam daging..."


Sekarang Tuan Ibrahim Tuan Man, penggantinya terpaksa memikulnya pula. 

Tentu TITM suatu masa nanti akan berasa rimas bila asyik terpaksa berdepan dengan flip flop Presiden. Sampai bila TITM akan sanggup diperkotak-katekan sedemikian rupa?

 Pada 8 Ogos lalu, TITM bagi pihak PAS telah menyatakan sokongannya dan bersetuju dengan tuntutan Bersih 4.0 dalam menuntut perubahan dalam kerangka undang-undang negara berdasarkan akta himpunan aman.

 Tetapi tiga hari kemudian, dia kata lain pula dah!"PAS Tak Sertai Bersih 4.0 – Tak Setuju Huru-Harakan Negara!! 

 " PAS tidak akan menggerakkan ahlinya menyertai perhimpunan besar-besaran Bersih 4 yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi MENGGULINGKAN KERAJAAN ....???


KUALA LUMPUR – PAS tidak akan menggerakkan ahlinya menyertai perhimpunan besar-besaran Bersih 4 yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan pada 29 Ogos ini.

 Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sebaliknya akan menganjurkan sebuah Kongres Rakyat dalam tempoh terdekat bagi meneruskan agenda parti itu.

 “Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli.

 “Kita (bagaimanapun) akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format himpunan tersebut. Sebarang arahan (lanjut) kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang `rally’ yang akan diadakan nanti,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

 Tuan Ibrahim menjelaskan keputusan PAS berhubung perhimpunan Bersih 4 itu kerana tidak bersetuju dengan sebarang usaha yang bertentangan dengan undang-undang bagi mencetuskan kegawatan dalam negara.

 Malah, katanya, kongres yang mahu diadakan Lajnah Penerangan PAS Pusat nanti akan diadakan bersama pelbagai pihak yang akan turut serta sama ada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta. – mynewshub.cc

Hanya tiga hari lalu yang sebelumnya .....


Comments
5 Comments

5 comments :

tok janggut said...

Pas nak jadi Abang Long tapi tak ada ketokohan, slow dalam bertindak, tak konsistan dan sombong...x layak jadi abang long, jadi kuda yg layak.

mohd shahran said...

tolol hadi tak kasi sebab siapa yang nak gi wakil pas. semua takut dan kecut telur. kena tangkap di dakwa sabit kesalahan buang jadi wakil rakyat .. anak bini nak makan apa?

Anonymous said...

Gara2 orang itu, TITM dh jadi begini!!
Relevan lagi ke orang itu menerajui bahtera?

Anonymous said...

anak muda tetap berrsama pas. sokong plihanraya yang adil.

Ritchie Blackmore said...

Lawan Al Hadi masuk neraka!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...