GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, August 31, 2015

GHB ambil alih Parti Pekerja untuk parti baharu

Gerakan Harapan Baru (GHB) hari ini secara rasminya mengumumkan untuk muncul sebagai parti politik dengan menggunakan platform nama Parti Pekerja, kata Mohamad Sabu.

 Pengerusi GHB itu berkata butiran lanjut mengenai pertukaran nama dan perlembagaan parti akan diputuskan kemudian dan ia akan diumumkan semula pada 16 September kelak.

 "Pada tanggal keramat 31 Ogos 2015, kami GHB secara rasminya mengumumkan kami sudah pun memutuskan untuk muncul sebagai sebuah parti politik golongan pekerja dengan mengekalkan namanya 'Parti Pekerja'

 "Ada pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita kemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas diputuskan bersama, tarikh hari pelancaran pada satu lagi tanggal keramat akan diumumkan pada 16 September akan datang," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – 31 Ogos, 2015. ~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Hanz Azdi said...

Salam.

Good .. demer memang 'pekerja' yg boleh diharap buat kerja sungguh selama ni dalam PAS, NGO lain ! PAS & demer sendiri dapat kredit atas usaha kerja demer tu ! Win-win !

But no more... PAS' lose it's PAN's gain ! So be it !

Jadi demer orang layak ambik alih parti tu ! Berjuanglah untuk kesejahteraan rakyat@p ekerja yg middle class & lower ! InsyaAllah teruskan ikhlas & istiqamah untuk agama Allah dengan menjadikan Islam itu indah & rahmat untuk kita semua di M'sia khasnya !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...