GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, August 10, 2015

GHB sedang cari formula ‘fikah Malaysia’ dalam himpunan ulamanya

Gerakan Harapan Baru (GHB), kumpulan yang lahir daripada perpecahan PAS akan menganjurkan himpunan ulama mereka sendiri hujung minggu ini bagi mencari formula pendekatan Islam dalam bernegara dan melahirkan 'fikah Malaysia'.

 Himpunan yang dinamakan Nadwah Ulama Nadwah Jadidah 2015 atau Nunji'15 akan menghimpunkan para ulama dan asatizah (pemberi kuliah agama) untuk mengkaji pendekatan fikah kenegaraan untuk Malaysia.

 Ia akan diadakan 15 Ogos ini di auditorium Perpustakaan Awam Selangor di Shah Alam di mana 10 pembentang akan memberikan pandangan masing-masing termasuk ulama dari luar negara.

 "Kita akan melihat Islam dalam situasi lokal di Malaysia yang bermasyarakat majmuk untuk melahirkan 'fiqh' (fikah) Malaysia yang tidak lari dari syariat dalam konteks negara seperti Malaysia," kata Datuk Dr Mujahid Yusof, pengarah Nunji'15.

 Beliau menolak Nunji'15 diadakan bagi membuktikan GHB juga mempunyai ulama dari kalangan pemimpinnya bagi menjawab tuduhan sesetengah pihak, kerana ia persoalan remeh sahaja.

 Baginya, seminar ini akan membincangkan perkara yang lebih besar yang selama ini terlepas pandang iaitu Islam dalam konteks kenegaraan di negara seperti Malaysia.

 Katanya, umum berpendapat, politik dan syariah Islam ini kontradik dengan Malaysia dan ia perlu diperbetulkan.

 "Apa yang perlu dilihat adalah Islam adalah agama rasmi persekutuan dan agama lain bebas diamalkan. Islam pula kuasa negeri yang melahirkan konflik antara perlembagaan dan kefahaman. Ini perlu kita kaji.

 "Kita akan buktikan, dalam suasana Malaysia, syariah Islam tidak bercanggah. Kerana, hukum boleh berubah mengikut tempat dan keadaan serta kondisi sebagaimana yang dibahaskan panjang lebar oleh Ibnu Qayyim," kata Mujahid. 

Nunji'15 juga, kata Mujahid, akan membincangkan pendekatan pelaksanaan syariah di Malaysia agar tidak terperangkap dengan pemikiran seolah-olah pelaksanaan hudud sahaja menjadi masalah utama di Malaysia.

 Selain itu, seminar ini bertujuan mendapatkaan pandangan agamawan dalam menetapkan agenda Islam dalam perjuangan GHB di samping menjadi asas kepada keterlibatan para ulama dan asatizah dalam menggerakkan secara bersama organisasi GHB sebagai pimpinan dan aktivis. – 10 Ogos, 2015.~ themalaysianinsider
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

mung cari dlm islam hadhari ade.liberakan islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...