GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, August 23, 2015

Hadi minta wakil rakyat PAS sertai Amanah kosongkan kerusi

Wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat, yang dijangka dilancarkan pada Hari Merdeka, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.

 "Terpulang kepada maruah mereka. Mereka membuat sumpah bai'ah sebagai wakil rakyat PAS.

 "Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," katanya kepada media pada perhimpunan PAS Tolak BN di Kota Sarang Semut, Kedah petang ini. 

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai parti baru yang dirancang GHB, yang diketuai pemimpin PAS progresif yang disingkirkan pada pemilihan parti Jun lalu.

 Amanah juga bersedia menggantikan PAS, yang kini dikuasai puak ulama diketuai Hadi, dalam pakatan pembangkang yang baharu dengan DAP dan PKR. Menurut perlembagaan PAS, ahli parti yang menyertai parti politik lain secara automatik akan hilang keahlian mereka.

 Bagaimanapun, beberapa pemimpin bahagian PAS di Selangor dan Melaka sudah mengumumkan peletakan jawatan mereka apabila menyertai GHB.

 Hadi berkata beliau tidak melihatnya sebagai satu cabaran besar kepada PAS.

 "PAS pernah melalui cabaran lebih teruk sebelum ini. Pada 1980-an, presiden sendiri tinggalkan parti. Kira-kira 10 orang pemimpin pusat keluar parti.

 "PAS tinggal seorang saja ahli Parlimen, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita lawan balik dan menang Kelantan pada 1990.

 "Itu lagi mencabar daripada sekarang. Kita boleh bangkit semula. Apa yang menarik sekarang ialah, anak muda mula datang kepada PAS," katanya.

 Hadi juga menafikan cakap-cakap yang banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyertai GHB.

 "Sebahagian besar NGO Islam bersama kami. Ada kenyataan media dibuat mengenainya," katanya.

 Mengulas kritikan yang PAS kini tidak progresif dan mundur, Hadi berkata, parti itu tidak pernah mengubah dasar dan matlamatnya.

 "Kita bukan parti kampung. Kita bukan hanya ada tokoh agama, kita juga ada profesional. Bilangannya semakin ramai.

 "Pada muktamar baru-baru ini, kita lihat barisan kepimpinan PAS Pusat yang baharu terdiri daripada ustaz, pensyarah, peguam dan lain-lain.

 "Kita ada ramai orang seperti ini dibandingkan sebelum ini. Kami juga terima permohonan keahlian baharu. Setakat ini kami terima 9,000 tetapi hanya sempat memproses kira-kira 6,000. Banyak lagi akan datang," katanya. – 22 Ogos, 2015. ~ themalaysianinsider
Comments
15 Comments

15 comments :

Wan Rosli said...

Alhamdulillah.. we love u so much tuan presiden..

Anonymous said...

Mamat riak bersusra
Org pas ingat mamat ni boleh bagi syafaat kot
Kalau org pasvduk puja mamat ni
Ramai la syirik...

Anonymous said...

Dah tak duduk dlm Pas....nak dengar ckp dia buat apa?mcm la sokongan yg dpt dulu atas nama HANYA PAS...atas nama PR.

Borhan Sharif said...

Dia ni dalam keadaan Parti nye dah tenat pun masih nak menolong pihak BN....

Anonymous said...

Atas akulah nak kosong atau tidak kerusi tu? Apa macam baik tak skrip jawapan ni? Aku tiru dari jawapan orang tulah juga.

Baik ambil mangkuk buat serban.... tak ada isupun untuk letak jawatan.... yang langgar baiah bukan sapa2 si kaki ponteng tulah juga.

Anonymous said...

ahli parlimen yg selalu ponteng sidang patut berhenti dari jadi ahli parlimen. dpt gaji elaun tp tak dtg kerja. mkn gaji buta. mkn duit haram.

samalah mcm org yg dtg parlimen tpi senyap tak buat kerja. mkn gaji buta!

Anonymous said...

Hello bro Wang rosling. Sokong kau seperti mengalas biawak hidup bro. Mampus la Pas pis pus.

Anonymous said...

Cakap seorang yang memimpin satu parti tapaware yg dah nak bungkus. Jeni's puak2 yg menikam kawan Dan main belakang dalam gelap. Buat apa nak dengar cakap dia si malaun ni.

Wan Rosli said...

Yang penting kita dah suruh mereka letak jawatan.. kalau mereka ingkar pun tak pe.. kita memang nak cari bukti yg mereka mmg diikat hidung oleh DAP.. so ini pasti bukti kuat..

Kalau kita rujuk kes penang dan selangor, LGE beria2 sungguh suruh org PAS letak jawatan.. dalam kes ni tak dgr pun DAP suruh geng2 haprak GHB letak jawatan.. jadi geng2 ni pun kemungkinan besar sdg menurut perintah DAP agar jangan letak jawatan ADUN dan AP...

Anonymous said...

Semasa ditanya oleh pemberita satu masa dulu, " YB Dato', YB akan hadirkah tidak ke mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan nanti..?"
"Kalau saya nak hadir, saya akan hadir... tiada sesiapa yang boleh memaksa saya untuk hadir..", jawab YB Dato' (entah sapa dia mamat ni yg cukup ego lagi angkuh, bongkak, sombong yg tdk setimpal dgn penampilannya.... cukup kesal, sedih & malu)

Anonymous said...

Haji hadi ni macam orang mabuk todi. Barua umno. Ptuih.

Wan Rosli said...

Kalau kau cerdik bila pulak GHB dah masuk PR..? BEN GONG..

Wan Rosli said...

Di sini kita dah nampak belum pun tertubuh parti baru sudahpun terdedah tiadanya integriti sbg pemimpin.. yg bestnye selama ni pandai kondem kepimpinan sekarang.. cuba bayangkan sikap ini berterusan sehingga tertubuh parti baru nanti bermulanya parti baru TANPA integriti..

Bagaimanapun, jika disorot kembali kesah mereka2 sebelum ini, sekiranya mereka berintegiriti selama ni pun pastilah mereka mempertahankankan pemimpin sendiri dari mempertahankan pemimpin yg menghalalkan babi dan arak.

Unknown said...

Pas mengambil alih kelantan tahun1990 adalah hasil undian kakitangan awam dan pengundi atas pagar yg marahkan umno kerana menghianati tengku razali hamzah

Anonymous said...

Kalau benci jngn benci banyak2 takut dikhuatiri jadi sayang...ermm ini la akibatnya mngata smpai kuar amanat....apa dah jadi sekrg.....???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...