JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, August 02, 2015

Harapan baru mendapat sambutan di Jertih, Besut.

Kurang lebih 24 jam selepas pulang dari Multaqa' Ulama Sedunia di Beirut, Lubnan, Ustaz Ahmad Awang telah bergegas ke Jertih, Besut, Terengganu untuk menyantuni para hadirin di sebuah majlis bersama-sama kepimpinan Gerakan Harapan Baru.

 Turut hadir ialah Tuan Haji Mohamad Sabu, YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Dr Hatta Ramli, Saudara Faiz Fadzil, Saudara Hasbie Muda dan lain-lain.

 
Multaqa' Ulama' Sedunia  telah berlangsung
di Beirut, Lubnan pada 28-29 Julai 2015.
Dengan sambutan luar biasa, terbukti aspirasi rakyat untuk melihat suatu perubahan yang berpaksikan kebenaran; membawa budaya politik yang berdasarkan sifat amanah, progresif dan peduli, serta sebuah perjuangan yang ikhlas untuk menegakkan Islam dan mendapatkan keredaan Allah.

 Terima kasih kepada pada hadirin yang sudi menerima kehadiran Ustaz Ahmad Awang dan barisan dari Gerakan Harapan Baru yang lain, terutamanya kepada anak-anak muda yang merupakan harapan bangsa dan negara. - Ustaz Ahmad Awang - Perak, Malaysia
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Teruskan GHB
Kami akan terus menyokong

Dari kami anak Perak

Anonymous said...

GHB pilihan kawe
ore pas kena paham hadi awe bukan nabi
jgn taksub dan wala membabi buta...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...