GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, August 03, 2015

Hj Hadi sila saman kalau ini fitnah ...


Berikut adalah transkrip yg mampu saya perturunkan. Harap maaf kerana ada terdapat tempat yang kurang  jelas. Harap maklum

dia dan Ustaz Nasharudin (Mat Isa); saya boleh ceritalah sekarang. Dua-dua orang tu telipon saya, yang telipon saya , Salahuddin Ayub!    

 “Bagaimana kita ni kerajaan pemimpin, Boleh ke tak dia masuk?”
 Saya kata, betul ker? Ini kerajaan perpaduanlah nih! 
 “Betul ker?”
 “Betul!” 
 “Ana ni tukang atur ajer”
 “siapa?”
 “ Boss!”
“ Boss siapa?”
“ Ustaz Hadi! Tapi tak boleh nak pergi, tak boleh masuk!”

 Saya kata, “ Tak apa, naik kereta saya.”  Saya tunggu, ambik dia masuk kereta saya masuk Seri Perdana, lepas ‘Asar, kali pertama.

 Duduk dalam library di Seri Perdana tu, daripada Asar sampai Maghrib, sembahyang sama berjemaah. Makan goring pisanglah macam-macam…. Dia tengok Seri Perdana …

 “ Aiii….sedap juga rupa!! Hok cepok,” dia kata, “Ustaz bagaimana?”

 Dia baik dgn saya. Sebab saya dulu kenal dia masa saya di Perth Australia . Saya selalu jemput dia datang masa tu dia ABIM. Masa tu dia pengerusi ABIM Trengganu, belum masuk PAS pun Ustaz Hadi nih! Saya kenal dia sebab kawan abang saya di Medinah dulu. 

 Saya kata, “ Jadi ker?” Dia kata, “Memang tak ada masalah; kena buat demi kepentingan Islam dan Melayu!” kata Hj Hadi.

Hadi kata jadi!, “Saya jadi…..(tak jelas)…,” Ha! Ha! Hj Hadi kata!

 Ini orang Pas ni yg dengar yg duduk ni boleh bagi tau, sesiapa pemimpin PAS yang dengar ni ambik tape saya ni, bagi tau, Hj Hadi kata kat Nik Aziz!

 Pak Lah pun tanya, “Tak bolehkah nasihatkan Nik Aziz ni, untuk kepentingan Islam? Sekarang ni you ni jadi bar dot dot ... dia taulah! Betullah yang you kata tadi boleh jadi Barua DAP, dia tau!Dia juga tau! Anwar tipu dia, dia tau!” Haji Hadi mengaku.

 Saya kata, “Enta tau tak, kenapa dia bawa, masa tu Nasaruddin baru masuk keAdilan. Nasaruddin Parit tu baru masuk keAdilan. Dengar ceritanya Nasarudin Adun Bota, masuk keAdilan, sebab dia tahu akan Nasaruddin untuk jadi Menteri Besar. Dia nak tukar Nizar tu, Nizar PAS nak tukar kepada Nasarudin supaya PKR menjadi Menteri Besar.” Saya bagi tau Hj Hadi sebab Nasaruddin bagi tau saya! Nasarudin punya peranan.

 Nasarudin ni, masa saya jadi ahli parlimen dulu, dia duduk sebelah saya.Dia ahli parlimen Parit, saya ahli parlimen Kerteh. Kami duduk sebelah. Saya kata apa-apa sebab cepat nih….

 Dia kata, “Brother, saya dah tak boleh tunggu kerajaan brother… Anwar kata, saya akan menjadi Menteri Besar, Nizar akan ditukar!”

 Tengok, dia main belakang. Main belakang PAS lah nih! Kerja dia!

 Saya bagi tau Ustaz Hadi, “Ustaz, enta tau tak, dia bawa Nasarudin masuk untuk ganti Nizar. Hj Hadi kata, “ Macam inilah perangai Anwar!” Dimana dia kata? Di Seri Perdana”

 “Astaghfirullahul Adzim, itu yang dia nak buat kat ana…”
 “Macam tulah ustaz!”
 “OK, kita buat cepat-cepat” kata dia.
 “Habis macamana Tuan Guru Nik Aziz?”
 “Tinggalkan Nik Aziz!” kata Hj Hadi. “Tinggalkan Nik Aziz!” Pak Lah kata, “Tak boleh, dia Mursyidul ‘Am. Dia orang tua, balik berkira dulu…”

 Dia kata, “Masalah Nik Aziz ni, mesyuarat tak datang.Kalau dia datang, dia tidur!” Itulah kata Hj Hadi.

 Saya pun tengok kat Ust Nasarudin, “Macamana?”
“Ana ni ikut boss jer…ikut boss jer!”

 Tujuan kita nak buat kerajaan yg sedemikian pada masa itu, ialah supaya orang Melayu mempunyai 2/3 majoriti dalam dewan, di parlimen. Kemudian kita boleh ubah segalanya yg kita nak ubah.Nak buat Islam ker, nak alQuran sahaja dia atas, nak letak sunnah ker. Itu boleh dicita-citakan, dia pun setuju, syarat dia #"Pak Lah jadi Perdana Menteri" Hj Hadi kata. Yang tu Pak Lah kata, “ Tak bolehlah kata saya mesti jadi Perdana Menteri!” Tengok…jujur tak jujur Pak Lah. Ikhlas tak ikhlas? “Saya dah janji nak bagi kepada Najib. Tak apa Najib jadi Perdana Menteri. Yang penting orang Melayu bersatu!” 

 Hah! Dia pun kata, “nanti dulu…”

 Bila saya balik ke dewan undangan negeri, saya bagi tahu kepada YAB Menteri Besar, saya tunjuk dia beginilah… saya tanya YAB Menteri Besar, “Kita telah berusaha untuk menyatukan ummat Islam, wata’a wanu ‘alal-birri wa-taqwa, wala- ta’a wanu ‘alal-ismi wal-‘udwaan – ayat Qur’an jelas, bekerjasamalah kamu untuk perkara-perkara kebaikan dan jangan kamu bertolong-tolong dengan perkara kemungkaran. Ayat Qur’an jelas, YAB tahu. Dan kita telah berusaha untuk menyatukan hati-hati ummat Islam supaya kita menjadi sebuah kerajaan yang kukuh. Kenapa YAB tutup? Kenapa YAB tolak? YAB bertanggungjawab di dunia dan bertanggungjawab di akhirat, menolak perpaduan ummat Islam, YAB jawab!

 Dia tunduk, jengok muka pun dok! Dalam rekod ada, dalam henset ada! Kenapa YAB tolak? 

 Saya jadi wakil rakyat untuk membantu rakyat baik Umno atau pun PAS. Kita nak berkhidmat kepada negara, berkhidmat kepada bangsa, berkhidmat kepada Islam, berkhidmat kepada seluruh Negara, ummat Islam seluruhnya…

Kenapa kita jadi pergaduhan? Kenapa PAS mesti bergaduh dengan Umno? Atas dasar apa PAS mesti bergaduh dengan Umno? Enta nak buat baik, ana nak buat baik. Enta nak bangunkan Negara, ana nak bangunkan Negara. Enta nak bawa syiar Islam, ana nak bawa syiar Islam. Kita nak letak ummat Islam al-Islam ya'lu wala yu'la 'alaih … kenapa kita mesti bercanggah?

Update 4 Ogos 7.18 am.
#Satelah membaca komentar pembaca dan disemak semula dgn teliti, saya akui telah tersilap dengar  pada frasa “Saya nak jadi Perdana Menteri!” Hj Hadi kata.Maka saya mohon maaf diatas kesilapan yg tidak disengajakan itu dan saya telah perbetulkan frasa tersebut kpd "Pak Lah jadi Perdana Menteri" dan saya edit tajuknya. Terima kasih kpd dua orang yg menunjukan kesalahan saya tersebut.
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

Tuan Admin.. maaf cakap.. aku rela be"perdana menterikan" ahmad maslan drpd haji hadi.

Anonymous said...

Satu lagi kepandaian haji hadi selain dari mencandat sotong ialah merepek.. kah kah kah..

Anonymous said...

Kalau ORANG BAHALOL sudah jadi PM , sudah tentu ORANG TOLOL pun boleh jadi PM

Lagi TOLOL lagi banyak peluang jadi PM

AL TOLOL memang sudah jadi PM pon.

Anonymous said...

abduh nge tuan brahim kena tgk klip video ni
hadi awe kutuk ayah mu beduh weii
hadi awe kutuk pak sedara mu tuan berahim weii
ada hati nok jadi PM kakah hadi ni
dok ngumpat dan mengato ko nik aziz tok melakukan dosa ko wahai semua penjilat hadi weii
lagu ni maksum ko?
perlu wala ko pado ore lagu ni?
mikir nge otok sikit gak puok2 penjilat semuo weii...

Anonymous said...

Lebai Hadi rupanya selama ini main belakang ya.
Menipu pengundi
Merahsiakan komplot jahatnya bersama Umno
Patutpun selama ini ucapannya lebih menghargai umno..

Lebai yg tak amanah
Ketua BARUA rupanya

Anonymous said...

Ucapan YB Alwi sewaktu dia jadi SU Politik Pak Lah.

Anonymous said...

Aslmkm.. Saya menyokong GHB dan mengikut perkembangan mereka...​Cuma dlm hal video ni kena hati2 sbb yng berckp tu umngok.. Perjumpaan tu mnkin btul.. Tapi part yg hj hadi kta sya nk jd pm dlm tulisan tu yg sya dengar dr video tu "syarat dia Pk Lah jd Pm" kata hj hadi.. Haha. Bkan apa.. Cuma nk berlaku adil.. Kesian kt dia..

Anonymous said...

Dengar btul btul...​Syarat dia "pak lah jadi perdana menteri" kata hj hadi...​

lagu tu laa said...

tak kiralah sapa yg jd pm!saman jgn tak saman kalau itu satu fitnah,zaman utk senang dapat duit melalui saman.penutup cerita.kabinet pas sekarang ni pun serupa macam kabinet najid gak la semua tukang angguk,bodek,ampu cucuk.sapa2 yg menentang akan 'dipancung'begitulah adanya kt m'sia ni.

Anonymous said...

Dulu Hj Hadi tk percaya mana mungkin Najib nk masukkan duit berbilion dlm akaun sendiri. Tp bila dh siasat memang ujud tp ubah perkatan duit org derma. Tuan Hj Hadi p tanya najib tk ada ke sesiapa nk derma se sbyk tu juga

Anonymous said...

Ni lah kerjo haji hadi,dari dulu lagi dio tak nak acuan pas cara TGNA,dia nak cara dia
(cara Tganu),mana boleh... sepenggal perentah ganu pun hancur dengan dendam kesumat puak2 dia balas dendam ko puak2 BN,sombong pulok tu,lps tu bila kalah ada cita2 nk jadi PM atau pemimpin PR,mana boleh....Haji hadi dengan puak2 dia ni CAI je lagi pada PAS,kalu dalam teori ISIKAWA,kepala yang busuk tu(haji Hadi) perlu dibuang dulu untuk selamatkan organisasi(PAS)...fikir2 lah ahli pas,demo sayang ko Tuang Presiden ko atau organisasi

Anonymous said...

pedia hang...barua najik hang percaya....logic la .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...