JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, August 10, 2015

Intelektual dunia bersama tuntut Anwar bebas

Mungkin itulah hadiah hari ulang tahun paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sekumpulan intelektual dunia tampil bersama menuntut pembebasannya tanpa syarat.

 Dalam kenyataan bersama itu, kumpulan itu antaranya mengutuk penjara lima tahun terhadap Anwar dan percaya ia sebagai sebuah “fitnah politik”.

 Antara nama-nama besar yang tampil menyatakan bantahan mereka termasuk, John L Esposito, Richard Falk, Noam Chomsky, Slavoj Žižek, Francis Fukuyama, Saad Eddin Ibrahim dan Karen Armstrong.

 “Kami menggesa kerajaan Malaysia, yang seringkali menyatakan ingin menjadi sebuah demokrasi terbaik di dunia untuk membebaskan Anwar Ibrahim, dan mengangkat prinsip-prinsip demokrasi tanpa sebarang syarat,” kata mereka.

 Kenyataan bersama 33 orang itu, termasuk separuh tokoh pelbagai bidang Filipina, itu diedarkan oleh PKR hari ini sempena ulang tahun ke-68 Anwar hari ini.

 Anwar memang terkenal mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh intelektual di pelbagai negara sebelum ini.

 Bagaimanapun, mereka tidak pernah tampil dengan kenyataan bersama menyatakan sikap jelas sebelum ini.

 Kenyataan itu dilihat sebahagian kempen berterusan penyokongnya bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia.

 Anwar dipenjarakan lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.~ malaysiakini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Hidup nan INDAH hidup berbudi
Berintegrity KUDUS kedasar hati
Damai lapang TERANG mnyinari
Walau pon diPAGAR tembok brduri


Hidup berbudi hanya MEMBERI
Mnjd RAHMAT keseluruh alam
Khianat fitnah tak WUJUD dihati
Kaseh dan SAYANG sentiasa digenggam


Hidup berbudi bukan KHAYALAN
Nyawa dan JASAD jd taruhan
Difitnah diKHIANATI sirah prjalanan
Pasrah dan REDHA puncak keindahan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...