GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, August 04, 2015

Kenapa pecat Muhyiddin, Gani, jika RM2.6 bilion cuma derma, soal PAS

 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  desak DS Najib Razak menjelaskan
mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama menjelaskan
berkenaan derma RM2.6 bilion. 
PAS hari ini mengajukan 10 soalan yang perlu dijelaskan susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan mendesak Najib menjelaskan mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama menjelaskan berkenaan derma itu.

 "Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?" soalnya.

 Beliau merujuk kepada Muhyiddin yang digugurkan dari Kabinet sebagai timbalan perdana menteri pada 28 Julai dan Gani yang digantikan dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara berkuatkuasa 27 Julai.

 Tuan Ibrahim turut menggesa agar dermawan yang menyumbangkan wang itu ke dalam akaun Najib didedahkan, serta syarat-syarat yang dikenakan ke atas penerimaan derma itu dinyatakan.

 "Siapa penderma yang sebegitu murah hati? Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan? "Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Susah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri," katanya.

 Tuan Ibrahim turut menyenaraikan 6 lagi persoalan untuk dijelaskan:

 * Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM melihat kepada perkara ini?
* Apakah ini sekadar permainan perakaunan? 
* Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada The Wall Street Journal (WSJ) masih tertangguh?
* Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?
* Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion? 
* Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?

 Petang tadi, SPRM mengatakan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri merupakan sumbangan penderma, bukan dari syarikat berkaitan 1MDB seperti didakwa pihak tertentu.Baca seterusnya : di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

fazil ahmad said...

Sikap minta jawapan...itu malas namanya, menjadi pemalas dalam menerangkan sesuatu persoalan...mungkin kerana pimpinan baru sekarang ini telah terhad sumber naklumatnya. Harap guna siku dan lutut untuk mengorek segala kebejatan bukan bertanya soalan yg mana sudah tentu penyamun bergeliga ini dapat menjawabnya......

lagu tu laa said...

geng ni pun nak ambik port gak ka? dulu geng ni gak yg duk bela najid,bagi peluang la,nak da saksi la bla2...la pasai apa geng ni duk pertikaikan pula? patutnya kena setuju la apa yg sprm cakapkan tu.tu baru tim ja bercakap,kalu ketua dia bercakapkan elok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...