JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, August 07, 2015

Ketua Polis Negara akui UMNO memperkudakan Polis.

Susulan siasatan SPRM ke atas wang dalam akaun perdana menteri, 8 orang pegawainya disiasat oleh polis mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung “kegiatan memudaratkan demokrasi berparlimen”.

Lantaran itu Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin yg juga turut disoalsiasat Isnin lalu, telah bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu. 

Polis menafikan dakwaan terdapat 'tangan tersembunyi' atau 'dalang' di sebalik siri tangkapan pegawai SPRM sepanjang minggu lalu ketika siasatan dipertingkatkan untuk mencari sumber kebocoran siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyerbu pejabat dan menyoal siasat anggotanya.  

 Beliau berkata mereka hanya menjalankan tugas berhubung siasatan kebocoran maklumat rasmi kerajaan dan perbankan.

 Saya tidaklah mahu mengulas pasal kerja polis ni, tak pasal-pasal aku masuk ke dalam nanti.... Cuma aku nak suruh Ketua Polis Khalid tu baca cerita lama ni... Tidak mungkin KPN yang lama tu mohong....


 Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan. 

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak. 

 “Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO (Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang? 

“Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya,” gurau beliau. sumber 

So Khalid bolehlah pilih yg mana satu....nak jadi KPN terbaik di dunia?? Silakan...
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Masuth ialah nama iblis yang ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah

Malaysiabaru said...

One word

Anjing!!!

Anonymous said...

Rasuah tersembunyi yg dilakukan khalid..bakal didedahkan..

Anonymous said...

Jika bukan disebabkan ada tangan ghaiblah katakan, ini menunjukkan PDRM malas dan bodoh untuk membuat siasatan sendiri. Disebabkan faktor malas dan bodoh dipihak PDRM itu, adalah lebih mudah pihak polis hanya menceroboh serta menyamun segala perolehan bukti dan hasil siasatan yg telah dilakukan oleh SPRM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...