GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, August 03, 2015

Lantik semula timbalan presiden kami sebagai timbalan perdana menteri, desak Ketua Pemuda

Ketua Pemuda Umno Cawangan Bandar Bahagian Kluang, Azizul Ali, pagi ini dalam satu kenyataan berkata, tindakan Najib menggugurkan Muhyiddin daripada Kabinetnya membelakangkan 145,000 suara yang memilih beliau pada pemilihan parti sebelum ini.

"Kami menuntut supaya presiden hormat kehendak ahli-ahli parti dengan mengembalikan jawatan timbalan perdana menteri kepada Muhyiddin. 

"Jika presiden tidak boleh menghormati kehendak ahli-ahli parti, kami yakin ahli-ahli parti akan hilang hormat kepada presiden," katanya.

 "Adalah malang bagi Umno jika ahli-ahli tidak lagi hormat kepada presiden. Justeru, kami menuntut supaya presiden melantik semula timbalan presiden kami sebagai timbalan perdana menteri," tegasnya.

 "Ahli-ahli parti sentiasa mahukan supaya parti yang menguasai kerajaan. Perkara ini selalu disebut dalam Perhimpunan Agung Umno. 

 "Tetapi Najib nampaknya secara terang terangan mengabaikan suara ini dengan menggugurkan Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu. 

 "Dalam tradisi Umno, timbalan presiden adalah timbalan perdana menteri. Maknanya, orang yang diletakkan menjadi timbalan perdana menteri adalah timbalan presiden yang dipilih oleh ahli-ahli parti," katanya.

 Azizul berkata, meskipun perdana menteri mempunyai kuasa prerogatif dalam memilih anggota Kabinet, tradisi Umno memperuntukkan ia dipandu keputusan parti.

 "Memanglah penentuan siapa menjadi timbalan perdana menteri adalah kuasa prerogatif perdana menteri, tetapi dalam tradisi Umno penggunaan kuasa prerogatif ini dipandu oleh keputusan parti. Barulah parti dikatakan menguasai kerajaan.

 "Jika parti memilih Muhyiddin sebagai timbalan presiden, maka beliau yang sepatutnya menjadi timbalan perdana menteri.

 "Apa sebab Najib membelakangkan suara 145,000 perwakilan Umno yang memilih Muhyiddin sebelum ini? Apakah ini dikatakan parti menguasai kerajaan?" soalnya.

 Sehubungan itu, Azizul memberi amaran, sekiranya Najib gagal menghormati ahli parti, perkara sama akan turut berlaku kepadanya.  

 Muhyiddin pada Selasa lalu digugurkan daripada Kabinet dan jawatan timbalan perdana menteri susulan kritikannya terhadap Najib berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan jawatan itu diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – 2 Ogos, 2015. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...