GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, August 25, 2015

Mat Sabu baru sedar.... rupanya selama ini DAP Anti Islam

Inilah pertama kali Ketua Menteri Pulau Pinang daripada keturunan Cina, Lim Guan Eng!

 Sebelum itu Koh Tsu Koon, Jawa! Lim Chong Eu, Banjar! Wong Pow Nee, Bugis! Inilah pertama kali, Lim Guan Eng, Cina!

Memang Lim Guan Eng anti Islam! Bila dia ambil alih memerintah bersama Pakatan Rakyat, dia tengaok jadual belanjawan dahulu.

 Zaman akhir Koh Tsu Koon, peruntukan kepada agama Islam RM12 juta. Oleh kerana Lim Guan Eng anti Islam, tahun pertama dia memerintah, dinaikan untuk agama Islam RM20 juta!

 Tahun ke-2, Lim Guan Eng makin anti Islam, tak suka kepada Islam; oleh itu dinaikan belanjawan untuk agama Islam, RM24 juta!

 Tahun ke-3, kebencian kepada agama Islam begitu tinggi, Ketua Menteri Pulau Pinang anti Islam; oleh itu dinaikan lagi belanjawan untuk agama Islam, RM33 juta! 

 Tahun ke-4, tahun depan, YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng, tidak dapat menyembunyikan kebenciannya kepada Islam. Tanda dia benci terhadap Islam, peruntukan untuk agama Islam tahun depan, RM63 juta! 

 Sebaliknya Umno sayang kepada Islam…. Mari kita lihat negeri yang Umno jadi menteri besar. Saya ambil satu cukup - Negeri Sembilan!

 Menteri besarnya bermazhab Umno; perjuangan Umno membela bangsa, agama dan tanah air! Tanda sayang kepada agama Islam, kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Umno, memperuntukan belanjanya, tahun ini sebanyak…. Nak sebut pun kena tarik nafas tiga kali…. RM12juta! Itulah sayang kepada agama Islam!

(Orang ramai berasa lucu melihatkan telatah Mat Sabu menggayakan tarik nafas dalam-dalam sebelum sebut angka tu!) 

Macam mana lagi Umno sayang kepada Islam? - Sekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat. 

Macam mana lagi Umno sayang kepada Islam? – sekat biasiswa termasuk kepada anak-anak Melayu.

 Bagaimana Umno sayang kepada Islam? – Hapuskan tulisan Jawi!

Lim Guan Eng benci kepada Islam; maka dia beri elauns kepada orang yang hafal al-Quran. 

 Biar kamu hafal al-Quran, kamu tak sempat main judi, kamu tak sempat pergi Karaoke! Biar kamu kerja hafal al-Quran, sebab Lim Guan Eng benci kepada Islam! - Dia bagi elauns kepada penghafal al-Quran. 

 Negeri yang sayang kepada Islam ini, dia banyakan tempat judi, dia banyakan aktiviti judi sebab mereka sayang kepada Islam!

 Hei siapa ni macam tu? faham siapa?  (Orang ramai jawab : Umno!)


Comments
7 Comments

7 comments :

Malaysiabaru said...

Insyllah dari kami 10 000 orang yang mahukan Malaysia baru !!!

Anak anak Kelantan terenganu Pahang di perantauan. !!!

Bersihkan MalaysiaL dari

Malapetaka kapal tak boleh selam, penyerang sulu, kapal hilang, kapal di tembak jatuh, Mongolia di bunuh, 1mdb, pemenjaraan Anwar, banjir besar, cincin 70juta, ringgit susut nilai, saham menjunam, bond tak laku, rusuhan kaum, pegawai di pecat, hakim di jual, pendemo di tangkap, rasuah di julang, menteri di buang, ahli umno di suap wang haram, bini jadi kepala negara...

Masyallah banyak ya ...
Tolong bersihkan!!!

Anonymous said...

inilah yang dinamakan business. letak kaki kamu dalam kasut mereka. adakah pemberian tersebut tiada udang disebalik batu? bukan ingin mempersoalkan ikhlas tapi berhati-hatilah. apalah sangat 100, 200 juta kalau dibandingkan dengan kepercayaan rakyat. terngiang ngiang ucapan LGE "..mesti ada kata yang jelas, pendirian yang tegas, bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang akan memerintah di Putrajaya tidak akan melaksanakan hudud"

Jeman said...

hj najib mcm nk la buat hudud, dia tau dia n rosmah kene potong tgn punye!

Anonymous said...

Peminpin yg adil rahmat pada sekelian alam apa lagi kalau dia seorang yang mukmin yanrg taqwa pada Allah, kalau setakat agama nya islam tapi tak adil mampus tak rahmat.
Nak laksana hudud pasti peminpin tu seorang yang kekayaannya bila start memerintah kekayaan nya tu serah pada rakyat dulu

Anonymous said...

Anon 12.49am UMNO dah laksanakan hudud ka sepanjang 50 tahun memerintah. Kihkihkih.

Anonymous said...

bodoh simpan utk anak cucu kau jgn kongsi dgn org lain, umnokan dah sokong hudud kenapa kelantan tak buat2 lagi? ...anon12.49

Anonymous said...

Anon August 26, 2015 12:49:00 a.m...
Sedarla sikit, buka mata luas-luas, buka minda luas-luas...minda tu macam payung terjun, ia akan berfungsi dengan lebih baik jika terbuka. Asyik dengan hudud saja buat apa, Islam cuma ada hudud saja ke? Yang melaksanakannya siapa? Manusia biasalah. Yang kena tu siapa? Rakyat biasalah. Kalau hari ini hudud telahpun dilaksanakan, ada siapa-siapa yang berani cakap dengan pm tangan panjang yang tangannya bakal kena potong? Yang sangat penting adalah mengamalkan prinsip agama..asyik memaki,menghasut,mengumpat buat apa?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...