JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, August 15, 2015

Menteri satu lagi , merapu dan merepek kata DAP akan bubarkan agama rasmi Islam...

Kalau tidak kerana pendedahan WSJ dan Sarawak Report (SR), mengeluarkan laporan mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, sudah tentu rakyat Malaysia tidak akan tahu apa-apa mengenainya. Betul tak?

 Pada mulanya Najib bersikap acuh tak acuh sahaja hanya mengarahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan tersebut. Ia mendakwa laporan yang dikeluarkan oleh SR adalah usaha bersepadu individu tertentu untuk melemahkan keyakinan ekonomi negara, mencemarkan kerajaan dan menyerang seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

Tapi kini Najib sendiri terpaksa mengakuinya, cuma dia kata duit RM2.6 bilion itu adalah duit derma ....derma untuk parti.....bla...bla...bla... 

Apabila laporan itu memetik bahawa dokumen tersebut kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1MDB, barulah Najib panik dan pihak polis telah bertindak menyoalsiasat 7 pegawai tinggi SPRM yang terlibat dalam penyiasatan 1MDB kerana disyaki telah membocorkan maklumat.

 Peguam Negara, Gani Patail, dengan tidak semena-mena telah disingkirkan dari jawatannya dan menjadi tanda tanya besar rakyat yg prihatin.

"Kertas dakwaan yang disiarkan di SR yang menyebut mahu dakwa Najib atas rasuah. Benar atau tidak? Peguam Negara kata tak benar, palsu, tidak berasas. OK lah.
 "Tapi polis siasat, tangkap pegawai-pegawai SPRM kerana mahu tahu kenapa kertas dakwaan boleh bocor? Bukankah itu bermakna kertas dakwaan itu wujud?," kata Lim Kit Siang di sini
 Ternyata pendedahan SR mengenai kertas graft pertuduhan keatas Najib yang kerajaan dakwa adalah palsu, hingga saat kini, kerajaan masih tidak mampu menyakinkan rakyat. 

Penyingkiran Gani dan soalsiasat keatas pegawai-pegawai tinggi SPRM ini semua adalah gara-gara kerana Kerajaan pentadbiran Najib sendiri percayakan sangat dengan laporan akhbar  SWJ dan SR dan mengaggapnya bagaikan Qur'an. Ker guana Din?

 Kenyataan ini adalah menurut kata menteri pembodek Umno, Abdul Aziz Kaprawi :

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi meluahkan kebimbangan terhadap orang Melayu yang terlalu percaya laporan Sarawak Report sehinggakan dianggap ‘al-Quran bagi orang Melayu’.

 Katanya, orang Melayu perlu sedar laporan Sarawak Report diambil daripada dokumen Justo dan digunakan oleh DAP untuk mengkritik kerajaan.

 Timbalan Menteri Pengangkutan itu berkata, peluang itu akan digunakan oleh DAP untuk menguasai negara dan membubarkan agama rasmi.

 “Sarawak Report tu dah macam Quran untuk orang Melayu, tapi kita tahu rujukan tersebut menggunakan dokumen melalui Justo, inilah DAP punya peluang, budak-budak dia kalau DAP berjaya, dia akan bubar agama rasmi. Baca lagi di sini

Mantan TPM, Muhyiddin Yassin yang pernah mengaku baca SR dan SWJ untuk mendapatkan maklumat mengenai isu 1MDB, tentu gelak baca celoteh mamat ni. 

Mamat tu kata, DAP akan bubar agama rasmi Islam. Boleh tak mamat ni bagi pencerahan bagaimana Ahli Parlimen DAP yang cuma 38 itu nak bubarkan agama rasmi Islam tu.....?
Comments
3 Comments

3 comments :

Usop Ali said...

Ni menteri mangkok dari geng jack bahlol....

Anonymous said...

Ini salah satu menteri yg nak bodohkan rakyat. Weiiiii menteri BANGANG. Lu layak dok dlm lubang tandas la.

Anonymous said...

Really gutter mind. The have dispose unto you because you are a welcoming gutter.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...