GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, August 01, 2015

NAJIB DIGESA NAFIKAN KENYATAAN AZALINA

PEMUDA HARAPAN BARU NEGERI PERAK terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Azalina Othman Said yang baru sahaja dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Dalam kenyataannya di dalam satu laman portal, Azalina berkata, pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa wang berjumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib bukanlah isu besar.

 Azalina juga menyatakan, tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

 Kami menyifatkan, kenyataan Azalina itu secara tidak langsung membenarkan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR) mengenai perkara itu.

 Datuk Seri Najib perlu segera menafikan kenyataan Ahli Parlimen Pengerang itu dan jika beliau berdiam diri, seolah-olah apa yang dikatakan oleh Azalina adalah benar.

 Jika benar apa yang dikatakan oleh Azalina, Datuk Seri Najib mesti memberikan justifikasi dan meyakinkan rakyat mengapa sejumlah wang bernilai tinggi yang dimasukkan ke dalam akaunnya itu tidak menjadi masalah besar.9 Pemuda Harapan Baru Negeri Perak juga menggesa Perdana Menteri mendedahkan siapa individu atau pihak yang sanggup menyalurkan wang sebesar itu ke dalam akaun peribadinya.

 Sudah pasti rakyat akan mempersoalkan apakah yang telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak sehingga pihak tersebut sanggup menyalurkan wang sebesar itu ke dalam akaun Datuk Seri Najib.

 Jika Azalina mengatakan wang tersebut bukan untuk Umno, Datuk Seri Najib perlu menjelaskan wang tersebut untuk siapa. Jika untuk Umno, kenapa Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno tidak mengetahui tentang perkara itu sehingga ia didedahkan oleh pihak lain.

 Justeru itu, sekiranya dakwaan Azalina itu tidak benar, kami menggesa Datuk Seri Najib mengenakan tindakan ke atas Azalina atau memecat menteri yang baru dilantik itu kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan aspirasi kabinet. Ini kerana kenyataan itu boleh melemahkan keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib dan barisan kabinetnya.

 Kami menggesa Najib membuka mulut dan memberikan penjelasan kepada rakyat kerana isu tersebut adalah isu serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan maruah negara. Jika beliau gagal memberikan penjelasan, adalah lebih bermaruah sekiranya beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri!

 ‪#‎HarapanBaru‬ 

MOHD FITRI ASMUNI
Timbalan Ketua, 
Pemuda Harapan Baru Negeri Perak
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...