GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, August 15, 2015

Nasution jawab dakwaan peguam TS Khalid

Kes saman TS Khalid lwn Saifuddin Nasution itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam dan saling bermohon maaf.

 Menurut Saifuddin, sebab saman itu ditarik balik adalah sebagai berikut :

1) Atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan Negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

2) Anwar ingatkan Khalid, sekiranya kes ini diteruskan ia akan melalui proses yang panjang. 
   
3) Abdul Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti. 

Tiga asas itu dipersetujui sebagai latar belakang untuk Nasution dan Tan Sri Khalid mencapai penyelesaian.

Namun ramai orang-orang PAS mempertikaikan apabila Nasution dan Rafizi menyatakan mereka 'saling bermaaf-maafan'. Termasuklah dari peguam TS Khalid, Edmund Bon yang menuduh pihak PKR telah 'spin' isu 'saling bermaaf-maafan' itu.

Berikut Kenyataan penjelasan Dato' Saifuddin Nasution Ismail mengenai kenyataan Edmund Bon:

 1) Kedua-dua peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju supaya mencari jalan agar perbicaraan tidak diteruskan. Oleh itu, pada hari pertama perbicaraan dimulakan Selasa lalu, peguam Tan Sri Khalid menyediakan draf pertama untuk dipertimbang oleh saya.

 2) Saya menyatakan bahawa saya dan KEADILAN tidak akan meminta maaf tetapi boleh membuat penjelasan bahawa konteks dokumen yang dipertikaikan oleh Tan Sri Khalid itu adalah satu penjelasan politik.

3) Oleh kerana Tan Sri Khalid masih mahu ada penyataan meminta maaf, saya memaklumkan keputusan saya untuk meneruskan dengan perbicaraan.

4) Sebab itu pada pagi ini mahkamah bersedia untuk memulakan perbicaraan dan saksi saya seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa ke mahkamah.

5) Namun, dengan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau memohon supaya perbincangan diteruskan agar penyelesaian dicapai tanpa perbicaraan.

6) Atas nasihat Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan mengambil kira semangat Syawal untuk bermaaf-maafan dan meletakkan kepentingan membela rakyat didepan, akhirnya saya dan Tan Sri Khalid bersetuju untuk sama-sama meminta maaf supaya ia satu keputusan "win-win".

7) Saya kesal dengan kenyataan peguam Tan Sri Khalid, Edmund Bon yang memberi gambaran yang berlainan. Malah semasa perbincangan tadi pun, walaupun Tan Sri Khalid lebih awal mahu sama-sama memohon maaf, beliau yang tidak begitu berkenan dengan penyelesaian itu.

8) Sebarang gambaran bahawa Tan Sri Khalid tidak memohon maaf dan penyataan maaf dari beliau yang direkodkan mahkamah tadi adalah bersempena Syawal seperti amalan raya adalah tidak tepat, tidak ikhlas dan mahu terus mengheret perkara ini. 

9) Jika ia satu ucapan maaf raya yang tidak berkaitan dengan persetujuan saling meminta maaf, maka tidak perlulah ucapan itu diperintahkan oleh mahkamah untuk dibuat oleh Tan Sri Khalid dan dimasukkan sebagai rekod mahkamah. 

10) Perintah mahkamah jelas menunjukkan bahawa penyelesaian ini melibatkan satu kenyataan maaf dari saya dan satu kenyataan maaf balas dari Tan Sri Khalid.

11) Saya bersetuju dengan rujukan Syawal di dalam kenyataan maaf Tan Sri Khalid dalam konteks semangat maaf-memaafkan dalam bulan Syawal agar masing-masing dapat meletakkan kepentingan rakyat di depan. Tindakan sesetengah pihak memutar belit bahawa rujukan Syawal dalam kenyataan maaf Tan Sri Khalid itu adalah satu ucapan maaf sempena hari raya adalah tidak jujur. 

 12) Saya berharap agar penyelesaian saling maaf memaafkan ini tidak terus dipanjang dan diputar belitkan oleh pihak lain sebagai menghormati persetujuan di antara saya dan Tan Sri Khalid di hadapan Dato' Seri Anwar tadi.

 Terima kasih.
 SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL  ~ sumber

Komen al Husseyn :

Saya tertarik dengan perkara berikut :

(7)...walaupun Tan Sri Khalid lebih awal mahu sama-sama memohon maaf, beliau yang tidak begitu berkenan dengan penyelesaian itu.

Apakah kerana loyar Khalid, Edmund Bon ni fikirkan pasal lawyer-feesnya semata-mata? Maklumlah samam Khalid tu menuntut RM100 juta....banyak tu kalau dapat. Selesai kes, selesailah fulus nak masuk ke dia!  Tapi yang mulut longkang tak puas hati cara penyelesaian saling bermaafan ini dapat apa? Banyak pahala dapat??

Pembuktian yg kuat terhadap kenyataan Saifuddin ini ialah perkara (9). Tidak mungkin Saifuddin nak fitnahkan rekod mahkamah:

9) Jika ia satu ucapan maaf raya yang tidak berkaitan dengan persetujuan saling meminta maaf, maka tidak perlulah ucapan itu diperintahkan oleh mahkamah untuk dibuat oleh Tan Sri Khalid dan dimasukkan sebagai rekod mahkamah.
Comments
6 Comments

6 comments :

Saiful Azmi Husin said...

Syawal ke Ramadhan ke...fitnah tetap fitnah!! Kalau TSKI memang korup mengikut fitnah oleh PKR dan Saifuddin dan Rafizi Kajang, mengapa sampai hari ni tiada SATU dakwaan dikenakan terhadap TSKI...
....ingat Husyenn...dosa memfitnah lebih BESAR dari dosa membunuh!!

awekaste said...

Fulus dah terbang lah tu cam dialog 3 abdul

Kalau rancangan ini berjaya i kasi u 25%.

Hehehe i m sori

Alhusseyn Alhusseyn said...

Fitnah apanya? Kenapa Khalid tidak meneruskan samannya kalau ianya fitnah.RM100 juta tu, kenapa Khalid lepaskan peluang nak dapat duit sebanyak itu kalau benar fitnah? Tentu Khalid sendiri menyedari kesnya tak boleh gi...

Sam Sung said...

Woi epol
Mmg TSKI korup pn..pampasan kpd faekah n geng ari tu ko x igt lg ke..

Anonymous said...

Apa fitnahnya saiful apek ? Belum terbukti d makamah kau dah kata fitnah. Kau ni bro masuk raja lawak lagi baik la saifull.

Anonymous said...

huhu...baik teruskan saman,SEMUA dah ckp besar.Semangat apa ? Kalu bukan fitnah ..knp x saman ?tak lapur kat SPRM ?
ckp senang .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...