JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, August 13, 2015

NUNJI15 : Ke Arah Fiqh Malaysia, Model Majmuk - Dr Mujahid Yusof Rawa

Syabas dan tahniah kepada penggerak Harapan Baru yang semakin menunjukan kesungguhannya untuk muncul sebagai satu wadah perjuangan yang bakal mengemudi kesinambungan perjuangan legasi almarhum TGNA dan almarhum UFN.

 Selepas ARIF (Unit Amal versi GHB) dan sayap perundangannya bernama ProGuam  telah berjaya ditubuhkan, Harapan Baru bakal terus melangkah maju setapak lagi dengan menganjurkan Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah 2015 (Nunji15) sebagai usaha menghimpun ulama dan pemikir untuk berbincang pembentukan formula ‘Fiqh Malaysia’ yang sesuai untuk negara majmuk.

Demikian dinyatakan oleh pengarahnya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Nadwah (majlis) tersebut akan berlangsung Sabtu15 Ogos 2015 ini, di Shah Alam, Selangor..

Menurutnya lagi, Ia juga akan menjadi garis panduan kepada Harapan Baru merangka pendekatan politik Islam wajah baru melalui parti yang akan ditubuhkan sedikit masa lagi. Ia dalam maksud, menyebarkan keadilan Islam dan menyatukan masyarakat berbilang kaum sesuai dengan konsep "Islam, Rahmat Untuk Semua". ~ drmujahid
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...