GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, August 11, 2015

Orang Arab derma RM2.6 bilion? Bullshit! – Tun M

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak boleh menerima jawapan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa RM2.6 bilion adalah datang dari penderma.

 Katanya, tidak dinafikan bangsa Arab seorang yang pemurah tetapi mustahil untuk bangsa Arab bersikap begitu pemurah dengan mendermakan berbilion ringgit.

“Saya langsung tidak dapat meraih satu dolar pun dari mereka (Arab) untuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau untuk Oxford Islamic Centre.

 “Dakwaan bahawa Arab menderma bilion ringit adalah apa yang masyarakat istilahkan sebagai ‘hogwash’ atau ‘bullshit’,” katanya.

 Menulis di blognya, Dr Mahathir turut menjelaskan tidak ada mana-mana pemimpin dunia akan dermakan sebanyak AS$700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia.

 “Malah, Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah sedemikian ketika beliau bertanding jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, ” katanya di sini 


 RM2.6 bilion itu tiada kaitan langsung dengan 1MBD, kata SPRM


SPRM dalam satu kenyataannya telah mengesahkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Tun Razak adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Asia Barat dan pihak berkaitan juga sudah mengesahkan mengenai derma berkenaan kepada SPRM.

Bagaimanapun, identiti penderma berkenaan tidak dapat didedahkan. 

Menurut kenyataajn SPRM itu lagi, "SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri.


 "Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma," “Sumbangan derma RM2.6 bilion itu tiada kaitan langsung dengan 1MBD”
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...