GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, August 05, 2015

Pakatan Rakyat 2.0 dah ada fomulanya, nak cari formula apa lagi TITM?

PAS seru cari formula baru satukan pembangkang

PAS menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu di tengah-tengah skandal bahawa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

  "Kini, masa yang paling penting semua parti pembangkang bersatu," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

 "Inilah masa parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan. Baca lagi  di sini

Komen al-Husseyn :

Kesian dengan TITM ni... seruannya hanya bersendirian. Benarkah seruannya itu mewakili PAS waima Presiden PAS dilihat begitu teguh mempertahankan DS Najib ketika ahli dan pemimpin Umno sendiri menolaknya.

Bukanlah suatu kerahsian lagi Umno Johor sedang memberontak menentang Najib sejak penyingkitan Muhyiddin Yassin. 

Pakatan Rakyat 2.0 sedang berusaha untuk mengusulkan 'Undi Tidak Percaya' terhadap Najib. Diharap akan mendapat sokongan dari wakil-wakil Umno yang tidak bersetuju dengan Najib.

Tapi malangnya Presiden PAS sendir telah memberi reaksi negatif, berkata dengan sinis, “Pas tidak berebut jawatan perdana menteri. Pas tidak berebut jawatan jadi ketua kerajaan. Pas tak berebut jawatan menteri Kabinet. Acapkali dah orang tawar…Pas tidak berebut jawatan ini."

Hj Hadi sepatutnya bersetuju untuk bersama 'Undi Tidak Percaya' terhadap Najib. Itulah formulanya, wahai TITM. Nak cari formula apa lagi? .
Comments
6 Comments

6 comments :

lagu tu laa said...

bagi aku,dap,pkr,(ghb kita letak tepi dulu) no hal punya,tapi haji hadi nak ka duduk semeja bulat ngan depa ni? haji hadi cukup allergic dgn depa ni, macam kata bang mat sabu paskan KUAT.pas boleh wat keja sorang!lagi pun pas ada 'senjata'lotot siku dan cakaq limau.aku rasa boleh kut?

Anonymous said...

Pelik titm nih...
Patutnya bersatu dgn umno.
Kan ug dah ada

Anonymous said...

Tuan Ibrahim Tuan Man dan Haji Hadi Awang tidur satu bantal tapi mimpi berlawanan. Nampak lagi kalut dalam Pas sekarang. Timbalan menuju hala kebandar manakala Presiden menuju hala kehutan. Alamak Pas dah nak terlepas pulak

Abdul Said said...

Aii. Tiba-tiba je nak bersatu dengan kumpulan pembangkang. Nampaknya pemandu dan pemandu spare tak sehaluan. Punah ranahla bas PAS. Enjin dahlah mula mengelegak, penumpang yang buat kecoh dah kena halau, tinggal penumpang-penumpang yang lalok makan pil kuda. Sebelum keadaan bertambah teruk eloklah pemandu ni dibawa berubat. Mungkin tersampok jin ke atau disakat hantu jebon ke. Ikhtiarlah sebelum melarat kepada orang lain.

uLaTbUKu.cOm said...

kalau x ada kuasa macam mana dan membela rakyat dari kuasa kerajaan yg zalim wahai tuan guru......kena ambil kuasa tu dari pemerintah yg zalim baru lah rakyat dapat dibela......kalau hanya bercakap konon demi rakyat tapi kuasa tiada ....apa yg dapat dibuat?

Ritchie Blackmore said...

Itulah masalahnya bila makhlok bodoh berkata kata.Yg diucap bukannya hikmah tapi hanya taik2 kering yg busuk dan hangit@bangkai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...