JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, August 31, 2015

PAS hilang 10 Wakil Rakyat .....

KUALA LUMPUR: PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

 Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.

 "Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

 Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah:

 Ahli Parlimen 

1) Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, 
2) Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), 
3) Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), 
4) Khalid Samad (Shah Alam) dan 
5) Mohamed Hanipa Maidin (Sepang). 

 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) :

1) Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), 
2) Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), 
3) Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), 
4) Saari Sungib (Hulu Kelang) dan 
5) Hasnul Baharuddin (Morib). sumber

Adalah dipercayai ada beberapa nama lagi yang akan mengisytiharkan diri mereka menyertai parti baru AMANAH.

Antaranya ialah Ahli Parlimen iaitu Kamarudin Jaffar (Tumpat) dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu).

Begitu juga dengan Adun, iaitu Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Burok)  dan Husam Musa (Salor)

Maka parti baru itu akan mempunyai 7 Ahli Parlimen dan 7 Adun, menjadikan kesemuanya berjumlah 14 wakil rakyat yang terkeluar dari PAS.

Adalah dipercayai akan ada beberapa orang lagi Wakil Rakyat PAS terutamanya dari Kelantan dan Selangor yang bakal mengisytiharkan diri mereka keluar menyertai AMANAH dalam sedikit masa lagi...
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

Alhamdulilah

Tahniah GHB !!!!!!!!

Malaysiabaru said...

Hanya satu cara nak pecah undi melayu

Mohon perkasa daftar sebagai party politik dan pecah undi umno..ayoh hing cepatlah daftar.. Mana tahu ibtahim Ali dpt jadi MP

Anonymous said...

Good job

tanya sama itu hud hud said...

Senget dah kapal pas..
Tuang presideng masih gumbira..gumbira

Anonymous said...

Walau pun hebat. Saya Dan kelurga tetap bersama PAS dan Tuan Guru Hj Hadi.

Anonymous said...

istiqamah bersama pimpinan parti Islam PAS. ALLAHUAKBAR!!! Malu baca post blog ni yg dulu2

Wan Rosli said...

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=26076

GHB bukan berbaiah dgn PAS shj tapi juga dgn PKR dan DAP (LGE/LKS)

Wan Rosli said...

Assalam semua..

Aku nak tanya sikit .. kalau korang perjuang semua agama dan bangsa.. apa bezanya parti korang dgn PKR??.. bukan ke lebih baik masuk je PKR (kalau malu nak masuk DAP la)?

Jadi di sini tolong beri aku peluang utk mencadangkan agar parti PAN korang ditukar je ke bahasa melayu iaitu KUALI.. kan lebih dekat dgn KULI (DAP).. jadi mudahlah dapat sokongan org cina.. bukankah parti korang utk semua bangsa..? Aku kira tepatlah saranan aku ni.. kan?

Tapi pelik jugak ek.. kenapa DSWA dan LGE tak ajak korang masuk parti diaorang PKR dan DAP??.. Aku rasa macam aku tahu je kenapa.. Pastinya dia org tak berani atau serik nak ajak korang join diaorang.. sebabnya diaorang tak mau cari nahas.. dgn pemimpin sendiri iaitu melayu malah bertaraf ulamak pulak tu pun korang boleh balun semacam jer.. inikan pulak kalau DSWA (bukan ulamak) dan LGE (bukan melayu) kan kan kan..?

Tapi sebagai rakan aku tetap harap korang berjaya.. sebab kalau sebaliknya korang asyik nak salahkan pemimpin kesayangan aku TGHH!!

Anonymous said...

Xpe. Apapun biar ikhlas.jgn ikut2 org.nt salahkan org pula kalau ikut2 org.biar berdasarkan ilmu.

Anonymous said...

Online keahlian ada x???

Anonymous said...

Gumbira gumbira
Proses penbersihan kerana pas adalah parti yang suci.

Anonymous said...

Kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah itu lebih sempurna..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...