GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, August 08, 2015

Pengarah Operasi Khas SPRM dipindahkan serta merta ....

 Persoalannya, kenapa dia ditukarkan? Bukankah ini juga merupakan satu cara campur tangan dan gangguan 'Tangan Ghaib'?

Bukankah sebelum ini Zahid Hamidi memberi jaminan tidak akan ada tindakan lanjut terhadap pegawai SPRM yang diambil keterangan?

Datuk Bahri telah diambil keterangannya pada Isnin lepas. Nampaknya janji Zahid Hamidi ni cuma janji kosong semata-mata ....Baca laporan seterusnya :

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

 Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu.

 “Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula,” katanya.

 Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.

 Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.

 Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana. “Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

 Bahri pada hari ini mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

 Polis menyiasat dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes derman RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

 Lambaian perpisahan Bahri

Sementara itu, suasana di ibu pejabat SPRM di Putrajaya muram apabila Bahri melangkah keluar daripada bangunan itu.

 Lengkap berdasi hitam, beliau kelihatan berjalan pantas memasuki sebuah Proton Inspira dan tidak bercakap dengan orang ramai.

 Beliau bagaimanapun kemudian membuka cermin tingkap dan melambai sambil tersenyum kepada kakitangannya di kawasan itu.

 Kereta merah itu pun menuju keluar daripada kawasan D6 Parcel D Putrajaya itu. malaysiakini'

Bagi balik orang saya, ambil saja saya'

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

  “Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.

 "Pegawai saya bertindak atas arahan saya,” katanya kepada Malaysiakini daripada luar negara.

 Tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung perpindahan itu dibuat, ketika berita ini ditulis.malaysiakini

Apa nak jadi SPRM? Pegawai kanan SPRM yang menerima kunjungan rombongan pemimpin-pemimpin pembangkang kelmari juga dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu. Datuk Rohaizad Yaakob, pengarah komunikasi strategik badan antirasuah itu turut dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Rohaizad semalam. Apa lagi lepas ini?
Comments
2 Comments

2 comments :

Malaysiabaru said...

Celako punya KsN

Haramjadah JpA

Sial punya najiB gor

Mat Ijam said...

Salam tuan,
Maaf tuan sebab keluar dari topik yang di utarakan. Ni hanyalah pandangan tak bernilai dari saya. Jika kena, tuan pakailah kalau tak kena saya minta maaf pada tuan dan buangkan saja tanpa perlu merungsingkan kepala.
Parti parti di Malaysia amat tidak menggalakkan perkembangan idea diketengahkan. Selalunya idea idea hebat akan dimandulkan pada peringkat cawangan lagi. Penyakit ini merebak ke hampir semua parti yang ada. Ilmu yang disampaikan tidak mampu untuk menaikkan taraf pemikiran masyarakat secara mampan. Majoriti masih dengan pola pemikiran negara membangun sedangkan masyarakatnya dihidang kemudahan masa depan.
Satu persoalan untuk tuan ketengahkan, jika sekalipun Islam dapat tertegak dengan megah di bumi Malaysia, apakah kita sudah bersedia menerima ancaman fitnah dan adu domba NWO. Dengan pola pemikiran yang ada, amat mudah perselisihan sesama Islam akan dicetuskan. Usah tengok kepada Sunni Shiite, cukup saja dengan pertembungan Sufi Salafi yang ada..umpama api dalam sekam terus merebak walau nampak diam.
Tuan, saya amat berharap generasi yang ada mampu disediakan ilmu yang mampu mengukuhkan ukhwah Islam itu sendiri. Sudah tiba masa untuk mengenalkan Islam secara menyeluruh, bukan lagi pandangan Mazhab. Perkenalkan semua jenis mazhab dan terangkan kenapa ada perbezaan. Sesungguhnya Islam itu benar, Islam itu hujah maka nyatakanlah kebenaran jika ianya benar. Usah takut atau risau akan dosa pahala syurga neraka kerana sesungguhnya itu adalah hak mutlak Allah SWT. Takkan berdaya kita menentukan nasib seorang insan lain.
Biarlah ilmu itu dapat dihirup dengan aman dan tenang, dengan sifat berkembang dan kritis. Bukan pula dihalang dilitup dilindungi. Harap tuan memahami isi hati ini. Alhamdulillah, semoga semua kita berada di dalam satu jemaah yang sama dari 73 jemaah yang ada. Patutnya dikenalkan siapakah yang dikatakan 73 golongan itu supaya umat ini selamat. Diadakan diskusi secara jitu bagi mendapatkan gambaran sebenar. Semua ini sangat penting kerana hanya satu golongan saja yang dinyatakan kebenarannya.
Tuan, warkah ini ikhlas saya tujukan pada pihak tuan untuk dicaknakan pada peringkat tuan. Saya tak berkemampuan berjuang bersama disisi, namun percayalah saya akan menyokong segala tindakan yang benar, ikhlas dan mulia.
Salam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...